JAWATANKUASA Pemilihan Parti (JPP) KEADILAN mengambil serius dakwaan kelemahan sistem pengundian parti oleh calon Timbalan Presiden, Mohd Rafizi Ramli.
Pengerusi JPP Zaliha Mustafa mengakui terdapat isu pada hari pertama pemilihan di Kelantan dan Terengganu, dan pihaknya tidak mengambil ringan isu tersebut dan telah menambah baik cara pengendalian pemilihan pada hari berikutnya iaitu di Kedah dan Johor
“Bagi saya apapun sistem yang dibina, bukan 100% tiada risiko. Maksudnya sistem tak ada masalah besar yang menyebabkan kita terpaksa tunda. Keputusan untuk meneruskan tu, kita teruskan,” katanya.
Melalui satu kenyataan, beliau turut menjelaskan bahawa sistem aplikasi Adil yang digunakan untuk pemilihan kali ini mempunyai pelbagai ciri sekuriti untuk mengurangkan sebarang kemungkinan manipulasi dan penipuan.
"JPP mengambil keputusan untuk tidak menggunakan QR code pada kali ini bagi menghapuskan risiko penipuan di mana ianya boleh dicetak berkali-kali.
"Ia juga sekali gus menutup ruang untuk mana-mana anggota melakukan pengundian berganda secara berulang kali. Demi mengelakkan perkara ini daripada berlaku, maka untuk pemilihan kali ini, JPP mewajibkan penggunaan dakwat calit undi.
"Kami juga memperkenalkan sistem pemantauan ketat yang mana hanya pengawas bertugas mempunyai akses kepada kod kata laluan berbeza-beza bagi membuka kertas undi digital tersebut di peranti pengundian disediakan," jelas Zaliha.
Selain itu, salah satu daripada ciri keselamatan yang dibangunkan ialah ahli boleh menyemak kembali pilihan mereka sebelum menekan butang hantar.
"Selepas penghantaran kepada peti undi mega atau ‘cloud’, sistem akan secara automatik kembali ke muka surat asal.
"Pengawas pula perlu memasukkan kembali kod kata laluan sebelum ke muka surat dimana nombor kad pengenalan dimasukkan, bagi membolehkan pengundi seterusnya mengundi," katanya lagi.
Rafizi pada Sabtu menggesa JPP mempertimbangkan penangguhan pemilihan secara fizikal bagi mengelak pembatalan, penangguhan dan kekecohan yang menyusahkan anggota biasa.
Hari pertama pemilihan pada 13 Mei lalu menyaksikan lima daripada 14 bahagian di Kelantan iaitu Bachok, Gua Musang, Tumpat, Pengkalan Chepa dan Ketereh terpaksa menangguhkan pengundian disebabkan masalah teknikal.
Walau bagaimanapun JPP berpendirian tetap meneruskan pemilihan kerana ia sudah berlangsung separuh jalan.
Pengerusi JPP Zaliha Mustafa mengakui terdapat isu pada hari pertama pemilihan di Kelantan dan Terengganu, dan pihaknya tidak mengambil ringan isu tersebut dan telah menambah baik cara pengendalian pemilihan pada hari berikutnya iaitu di Kedah dan Johor
“Bagi saya apapun sistem yang dibina, bukan 100% tiada risiko. Maksudnya sistem tak ada masalah besar yang menyebabkan kita terpaksa tunda. Keputusan untuk meneruskan tu, kita teruskan,” katanya.
Melalui satu kenyataan, beliau turut menjelaskan bahawa sistem aplikasi Adil yang digunakan untuk pemilihan kali ini mempunyai pelbagai ciri sekuriti untuk mengurangkan sebarang kemungkinan manipulasi dan penipuan.
"JPP mengambil keputusan untuk tidak menggunakan QR code pada kali ini bagi menghapuskan risiko penipuan di mana ianya boleh dicetak berkali-kali.
"Ia juga sekali gus menutup ruang untuk mana-mana anggota melakukan pengundian berganda secara berulang kali. Demi mengelakkan perkara ini daripada berlaku, maka untuk pemilihan kali ini, JPP mewajibkan penggunaan dakwat calit undi.
"Kami juga memperkenalkan sistem pemantauan ketat yang mana hanya pengawas bertugas mempunyai akses kepada kod kata laluan berbeza-beza bagi membuka kertas undi digital tersebut di peranti pengundian disediakan," jelas Zaliha.
Selain itu, salah satu daripada ciri keselamatan yang dibangunkan ialah ahli boleh menyemak kembali pilihan mereka sebelum menekan butang hantar.
"Selepas penghantaran kepada peti undi mega atau ‘cloud’, sistem akan secara automatik kembali ke muka surat asal.
"Pengawas pula perlu memasukkan kembali kod kata laluan sebelum ke muka surat dimana nombor kad pengenalan dimasukkan, bagi membolehkan pengundi seterusnya mengundi," katanya lagi.
Rafizi pada Sabtu menggesa JPP mempertimbangkan penangguhan pemilihan secara fizikal bagi mengelak pembatalan, penangguhan dan kekecohan yang menyusahkan anggota biasa.
JPP ambil maklum, perbaiki sistem undian |

0 Comments