Anwar junjung kasih tindakan tegas Sultan Perak


PENGERUSI
Pakatan Harapan (HARAPAN) Datuk Seri Anwar Ibrahim menjunjung kasih kepada Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah di atas kepantasan baginda berhubung isu membabitkan Datuk Dr Afifi al-Akiti.

Anwar dalam kenyataan berkata, perkara tersebut membuktikan ketegasan Sultan Perak dalam memastikan institusi Islam dan istana tidak dicemari setelah Ad Afifi yang merupakan penasihat dalam Majlis Raja-Raja Hal Ehwal Islam terpalit kontroversi baru-baru ini.

“Saya ikuti perkembangan pengunduran menjawat gelaran Orang Kaya-Kaya Imam Paduka Tuan, Orang Besar Delapan Negeri Perak merangkap Penasihat Rasmi Sultan Perak dalam hal ehwal Islam daripada Datuk Dr Afifi al-Akiti, yang diulit kontroversi baru-baru ini.

“Menjunjung kasih atas kepantasan Tuanku Sultan Perak dalam meleraikan keresahan rakyat dan memelihara integriti institusi Islam. Ia juga membuktikan ketegasan Duli Tuanku dalam memastikan institusi Islam dan Istana tidak dicemari,” kata Presiden KEADILAN itu.

Sultan Nazrin pada Sabtu berkenan menerima permohonan meletak jawatan Afifi yang menyandang gelaran Orang Kaya Kaya Imam Paduka Tuan dan Ahli Rasmi Dewan Negara Perak.

Keputusan Sultan lerai keresahan rakyat, kata Anwar
Dalam salinan surat permohonan meletakkan jawatan Afifi yang dilampirkan dalam kenyataan akhbar tersebut, Afifi memohon meletak jawatan berikutan sejak dua minggu berlaku penularan bahan-bahan tertentu dalam media sosial bertujuan mencemar nama beliau.

Sebelum ini, tular dalam media sosial video kelibat seorang lelaki yang didakwa merupakan seorang tokoh agama yang didakwa mirip Afifi berada dalam sebuah kelab malam.

Post a Comment

0 Comments