Gimik sambut kepulangan Ismail satu jenaka - Hannah Yeoh



AHLI PARLIMEN Segambut, Hannah Yeoh menyifatkan gimik penyokong Ismail Sabri Yaakob menyambut kepulangan Perdana Menteri itu dari Amerika Syarikat sebagai satu tindakan tidak perlu.

Menerusi catatan di laman Facebooknya, Hannah berkata melainkan ia bagi menyambuk kemenangan dalam pertandingan bola sepak Piala Dunia atau membawa pulang pingat emas dalam Sukan Olimpik... mengadakan 'pesta' menyambut kepulangan adalah satu jenaka.

"Apakah jenis pembantu (yang) diupah oleh perdana menteri kita untuk melakukan gimik kosmetik yang bodoh," katanya sambil mengkritik tindakan mengerahkan orang ramai untuk menyambut  Ismail Sabri.

Yeoh mengulas video yang dimuat naik di laman Facebook rasmi perdana menteri yang menunjukkan Ismail turun dari pesawat di Pangkalan Udara Subang selepas pulang dari AS.

Ismail menurut laporan Bernama disambut kira-kira 400 orang hadir terdiri daripada kepimpinan Umno, mahasiswa dan belia yang berbaris sebaik sahaja dia memasuki terminal berkenaan. Mereka dilihat bertepuk tangan dan berjabat tangan dengan perdana menteri itu.

Di luar terminal, Ismail juga disambut oleh orang ramai yang antara lain membawa sepanduk bertulis "DSIS, wira kita yang tidak didendang" .DSIS merujuk kepada "Datuk Seri Ismail Sabri".

Ismail dalam hantaran di Facebooknya berkata tidak menyangka ramai yangmenyambut ketibaan nya.

Gimik sambut Ismail dianggap jenaka bodoh
"Hilang rasa penat selepas perjalanan yang panjang apabila dapat bertemu dengan semua. Terima kasih kepada semua yang hadir," kata Naib Presiden UMNO itu Facebook.

Terdahulu Ismail berada di Washington DC, AS untuk menghadiri sidang kemuncak AS-Asean.

Post a Comment

0 Comments