PM dedah jumpa banyak ' kecurangan ' dalam fail MOF

 



PERDANA MENTERI, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa beliau mengesan banyak kecurangan yang dianggap keterlaluan berlaku di Kementerian Kewangan (MOF) ketika menyemak fail-fail di kementerian itu.

Perkara itu didedah semasa menghadiri Majlis Perjumpaan Bersama Ketua-Ketua Jabatan Persekutuan Negeri Terengganu di Universiti Malaysia Terengganu (UMT) semalam.

Mengulas lanjut Anwar menegaskan beliau menyentuh perkara itu kerana mahu  penjawat awam memahami bahawa ketelanjuran seperti itu tidak harus dibiarkan berterusan.

"Namun urusan untuk menyiasat bukan urusan saya. Urusan saya adalah menetapkan dasar dan menegakkan prinsip ketelusan dan kebertanggungjawaban," katanya dipetik.

Selain itu, Anwar juga menyeru penjawat awam agar menerapkan prinsip akauntabiliti demokrasi dalam mendirikan kebijakan yang baik untuk rakyat.

"Kita sebagai pembuat dan pelaksana dasar tidak harus bersikap leka dan mesti buat sedaya upaya untuk memungkinkan perubahan," katanya.

Anwar ajak penjawat awam lakukan perubahan
Pada pertemuan itu juga Anwar turut memberitahu pegawai-pegawai kanan Persekutuan yang hadir bahawa beliau adalah Perdana Menteri untuk semua negeri.

Oleh itu katanya, layanan kepada setiap negeri adalah setara dan saksama termasuk di Terengganu yang dikuasai pembangkang.

"Saya hadir ke Terengganu tadi bukan untuk mencerca sesiapa, tetapi untuk berpakat demi kepentingan rakyat," katanya.
 

Post a Comment

0 Comments