PELANTIKAN Nurul Izzah Anwar sebagai Penasihat Kanan Ekonomi dan Kewangan kepada Perdana Menteri, diyakini mampu membantu kepada pembangunan ekonomi dan kewangan negara.
Keyakinan itu disuarakan bekas calon Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Fahmi Zainol dalam ciapan di Twitternya sebagai mengulas perkara itu.
Jelasnya, Nurul Izzah sebelum ini pernah melaksanakan kajian kemiskinan multidimensi Permatang Pauh yang dapat menyumbang kepada indeks kemiskinan negara.
Justeru pengalaman, bakat dan ruang yang ada padanya tidak wajar disia-siakan.
“Kami berharap agar Nurul Izzah, Ketua Cabang Permatang Pauh merangkap Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat menggunakan ruang dan peluang ini sebaik mungkin dalam usaha yang membantu masyarakat dan negara ke arah kehidupan yang lebih sejahtera.
“Kami anak muda Permatang Pauh menyambut baik dan bangga dengan pelantikkan ini,” kata Fahmi Zainol.
Semalam Nurul Izzah menerusi wawancara bersama The Star mendedahkan beliau dilantik ke jawatan itu berkuatkuasa 3 Januari lalu.
Walau bagaimanapun Nurul tidak menerima sebarang elaun atau gaji dari jawatan itu.
Beliau dalam masa sama berharap agar pengalamannya sebelum ini, menumpukan dalam isu kemiskinan, pendidikan serta latihan teknikal dan vokasional (TVET) selain perkhidmatan dalam Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara akan memberi manfaat padanya.
Semalam Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika ditanyakan sama ada anaknya itu - yang memegang ijazah sarjana muda dalam jurusan kejuruteraan - layak atau tidak untuk memegang jawatan itu berkata, Nurul Izzah turut memiliki ijazah dalam dasar awam dari Johns Hopkins School of Advanced International Studies.
Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, dia juga tiada kelayakan formal dalam bidang kewangan, begitu juga dengan ramai pemimpin PN yang pernah memegang jawatan menteri sebelum ini. Nurul Izzah punyai kelayakan dan pengalaman cukup
"Adakah benar seorang menteri kesihatan mesti (seorang doktor), atau menteri air kena (sebagai) jurutera?" soalnya ketika sidang media di selepas pelancaran pusat khidmatnya di Tambun, Perak.
0 Comments