Nurul Izzah dilantik jadi penasihat PM tanpa terima gaji


NAIB PRESIDEN
Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Nurul Izzah Anwar mendedahkan beliau dilantik sebagai Penasihat Kanan Ekonomi dan Kewangan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pelantikan berkuat kuasa pada 3 Januari lalu itu didedahkannya menerusi wawancara bersama The Star.

Bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh itu berkata, beliau berharap dengan pengalaman sebagai wakil rakyat sebelum ini dengan menumpukan dalam isu kemiskinan, pendidikan serta latihan teknikal dan vokasional (TVET) selain perkhidmatan dalam Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara akan memberi manfaat pelantikan itu.

“Perkara ini boleh dimanfaatkan dalam penglibatan saya dengan pakar dalam mengemudi tadbir urus ekonomi, akauntabiliti dan dasar polisi,” katanya dipetik.

Mengulas lanjut matlamatnya Nurul Izzah berkata, beliau mahu  memanfaatkan bakat-bakat terbaik Malaysia dalam dan luar kerajaan selain mahu memperbaiki keadaan ekonomi rakyat.

“Peranan baharu ini membolehkan saya memikul tanggungjawab baharu yang sudah pasti mencabar, berikutan masalah ekonomi kita hadapi.

“Bagaimanapun, saya yakin mampu menyumbang kepada evolusi Malaysia yang bukan sahaja mencari pertumbuhan demi pertumbuhan tetapi turut memartabatkan semua lapisan masyarakat dan menyediakan kesaksamaan dalam peluang,” tambah beliau.

Izzah berkhidmat tanpa terima bayaran
Sementara itu Perdana Menteri, dalam satu sidang media ketika Perasmian Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Tambun di Meru Jaya Ipoh semalam mengesahkan sememangnya beliau mempelawa Nurul Izzah ke jawatan itu.

Walau bagaimanapun jelas Anwar, Pelantikan Nurul Izzah kejawatan itu adalah tanpa dibayar gaji atau elaun.

Post a Comment

0 Comments