Tak mahu rakyat terbeban, PM umum tiada kenaikan tarif elektrik


KERAJAAN telah memutuskan untuk tidak menaikkan tarif elektrik bagi pengguna domestik, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bercakap dalam satu sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Kabinet di Putrajaya semalam, Anwar berkata keputusan itu turut membabitkan industri kecil dan sederhana (IKS), syarikat berasaskan pertanian serta pengeluar makanan,.

Perdana Menteri berkata, ada cadangan awal untuk menaikkan tarif elektrik, namun kerajaan tidak mahu meneruskannya kerana enggan rakyat terbeban.

"Menteri yang berkenaan, iaitu Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad, akan membuat pengumuman.

“Jika dikenakan pun (kenaikan tarif elektrik) hanya terhadap syarikat-syarikat multinasional yang eksport kerana tarif terlalu rendah buat mereka dan subsidi itu tidak harus diberikan kepada syarikat gergasi yang untungnya tinggi.

“Dari segi rakyat tidak ada langsung cadangan kerajaan untuk naikkan tarif elektrik,” katanya.

K'jaan usaha ringankan beban hidup rakyat
Anwar turut menegaskan kenaikan tarif membabitkan syarikat multinasional hanya akan berlaku secara berperingkat dan berpatutan bagi memastikan ia tidak menjejaskan operasi dan unjuran syarikat.
 
"Masalahnya, pemberian subsidi dilihat tidak telus untuk semua... syarikat dan syarikat kaya yang mendapat lebih manfaat. Atas sebab itu, saya berpandangan kita akan meningkatkan tarif secara berfasa untuk syarikat multinasional," katanya.

Sementara itu Anwar menjelaskan keputusan tidak menaikkan tarif elektrik itu jelas Anwar akan memberi implikasi kewangan kepada negara hampir RM30 bilion setahun.

Post a Comment

0 Comments