TPM akan ke Kelantan, kenalpasti masalah banjir


PERDANA MENTERI, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan bahawa timbalannya, Dr Ahmad Zahid Hamidi akan mengadakan lawatan ke Kelantan hari ini.

Dalam satu sidang media semalam, Anwar menjelaskan Ahmad Zahid akan meninjau dan mengenalpasti masalah yang perlu diatasi dalam usaha menangani bencana banjir sebelum ia melanda negeri itu.

"Datuk Seri Zahid sudah mempengerusikan mesyuarat (Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat) dan memantau.

"Esok (beliau) akan ke Kelantan untuk mengenal pasti masalah dan juga akan mengambil langkah awal... persiapan awal," kata Anwar pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Kabinet semalam.

Anwar sementara itu berkata, kerajaan pimpinannya akan melaksana langkah awal menangani bencana tanpa perlu menunggu kejadian itu melanda terlebih dulu.

K'jaan ambil tindakan awal, tak tunggu banjir
Ia pendekatan baharu yang berbeza berbanding sebelum ini.

Sebelum ini Ahmad Zahid berkata, pusat pemindahan sementara (PPS) akan diaktifkan lebih awal di kawasan dijangka berlaku banjir.

BACA:
K'jaan tak anak tirikan negeri pembangkang

Kerajaan kini memberi fokus pada kawasan yang dijangkakan mengalami jumlah taburan hujan tinggi dan berpontensi mengakibatkan banjir.

Post a Comment

0 Comments