KERAJAAN akan mengambil pendekatan lebih proaktif bagi menghadapi kemungkinan banjir pada tahun ini, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat (JPBP) di Banguna Perdana Putra pada Selasa, Ahmad Zahid berkata kerajaan akan menggunakan ramalan cuaca daripada Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) sebagai panduan untuk mengaktikan Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di seluruh negara lebih awal sebelum banjir melanda kawasan terbabit.
Kerajaan juga jelasnya akan memberi tumpuan dan persediaan di kawasan utama yang diramal menerima jumlah taburan hujan yang mengakibatkan banjir.
Tiga kawasan utama yang menjadi tumpuan ialah Pantai Timur (Kelantan dan Terengganu); Sabah (Pantai Timur); serta Sarawak (Pantai Barat).
"Ini bagi mengelakkan kehilangan nyawa, kerosakan harta benda atau kehilangan dokumen-dokumen penting.
"Jadi ini adalah langkah baharu. Kedua, buat pertama kalinya badan sukarela bersama-sama dengan jawatankuasa ini dan kita mahu di peringkat nasional, negeri, daerah serta PPS usaha-usaha sukarelawan diterlibatkan.
"Ia bagi bukan sahaja mengurangkan beban tugas untuk melihat keberkesanan menyelesaikan banjir terutama kepada mangsa-mangsa," kata Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah itu.
![]() |
K'jaan laksana langkah baru hadapi banjir |
Sementara itu Ahmad Zahid menjelaskan, kerajaan telah mengarahkan agar agensi pengurusan banjir memberi layanan sama rata kepada Kerajaan Negeri tanpa mengira di pihak kerajaan mahupun pembangkang.
Kerajaan diketuai perdana menteri, DatuK Seri Anwar Ibrahim juga jelasnya memberi jaminan bahawa bantuan kepada mangsa-mangsa banjir yang disalurkan oleh kerajaan terdahulu akan diteruskan seperti biasa.
0 Comments