Sany Hamzah gesa polis siasat ahli politik cuba cetus kebencian kaum


PAKATAN HARAPAN
(HARAPAN) dan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) memfailkan satu laporan polis  bagi menggesa siasatan dijalankan terhadap beberapa ahli politik yang didakwa telah membuat kenyataan yang boleh mencetuskan kebencian dalam masyarakat.

AHli Parlimen Hulu Langat, Mohd Sany Hamzan berkata pihaknya telah membuat empat laporan berasingan terhadap beberapa ahli politik berkenaan.

"Saya minta khususnya rakyat Malaysia, kita tolak politik perkauman, politik kebencian, politik agama, politik mengadu domba ini.

"Kita mahukan parti-parti politik di negara ini mempunyai sifat integriti dan rasa tanggungjawab, sifat berakademik dan kita harus tunjuk sikap itu kepada masyarakat," katanya selepas membuat laporan polis berkenaan di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi di Kuala Lumpur semalam.

Media sebelum ini melaporkan berlaku peningkatan hantaran media sosial yang cuba menetus kegelisahan rakyat dengan hantaran berunsur perkauman.

Pemilik aplikasi media sosial TikTok, ByteDance melalui kenyataan berkata, pihaknya mengawasi video pendek membabitkan kandungan berbaur perkauman dimuat naik pengguna di negara ini menerusi platform itu,

Pada Sabtu lalu (26 Nov) Mohd Sany juga membuat laporan polis di Kuala Lumpur dan menggesa kerajaan agar mengambil tindakan tegas dan segera terhadap individu yang memainkan doktrin agama dan isu perkauman dalam PRU15.

Pihak berkuasa perlu tegas jalankan siasatan
Pada Jumaat,  Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir menggesa ahli politik berhenti menggunakan isu agama untuk menghasut rakyat Malaysia satu sama lain.

Titah itu dibuat selepas baginda mempengerusikan mesyuarat Majlis Raja-raja ke 260 di Istana Negara.

Post a Comment

0 Comments