LANGKAH awal perdana menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menetapkan dasar menghapuskan kelulusan perolehan tanpa tender dipuji Perikatan Gabungan NG)-NGO Islam Malaysia (ACCIN).
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ir Mohd Jamaludin Shamsudin berkata, langkah itu berpotensi memberi impak tinggi dalam usaha kerajaan membendung perbuatan rasuah dan amalan salah guna kuasa.
Pelaksanaan dasar itu juga tegasnya langkah paling efektif dan berupaya menyellamatkan berbilion ringgit wang rakyat daripada 'dicuri' pihak tidak bertanggungjawab.
"Pelaksanaan tegas dinyatakan perdana menteri akan dapat menyelamatkan berbilion ringgit, sekali gus boleh digunakan untuk bantu sosio ekonomi rakyat dan meningkatkan perkhidmatan kerajaan.
"Jumlah ketirisan dan kerugian setiap tahun melibatkan kontrak kerajaan dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) bernilai ratusan bilion. Sepatutnya wang yang sangat bersar ini dimanfaatkan sebaiknya demi kemajuan negara dan kesejahteraan rakyat," jelasnya.
Anwar pada majlis perjumpaan Perdana Menteri bersama warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) di Putrajaya pada Selasa mengajak penjawat awam bertekad untuk bersamanya dalam usaha menyelamatkan negara.
Beliau berkata tidak akan berkompromi dalam soal peraturan, peroleh dan kelulusan projek tanpa tander.
Semua amalan tidak telus yang boleh membawa kepada implikasi buruk kepada kewangan negara tegasnya mesti segera dihentikan.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ir Mohd Jamaludin Shamsudin berkata, langkah itu berpotensi memberi impak tinggi dalam usaha kerajaan membendung perbuatan rasuah dan amalan salah guna kuasa.
Pelaksanaan dasar itu juga tegasnya langkah paling efektif dan berupaya menyellamatkan berbilion ringgit wang rakyat daripada 'dicuri' pihak tidak bertanggungjawab.
"Pelaksanaan tegas dinyatakan perdana menteri akan dapat menyelamatkan berbilion ringgit, sekali gus boleh digunakan untuk bantu sosio ekonomi rakyat dan meningkatkan perkhidmatan kerajaan.
"Jumlah ketirisan dan kerugian setiap tahun melibatkan kontrak kerajaan dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) bernilai ratusan bilion. Sepatutnya wang yang sangat bersar ini dimanfaatkan sebaiknya demi kemajuan negara dan kesejahteraan rakyat," jelasnya.
Penjimatan boleh digunakan bantu rakyat |

0 Comments