AHLI PARLIMEN Petaling Jaya, Lee Chean Chung menggesa satu Akta Antikebencian diperkenalkan bagi membendung sentimen perkauman yang semakin berleluasa di negara ini.
Chean Chung yang juga Bendahari Agung Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) berkata, akta ini akan diguna pakai kepada mana-mana pemimpin politik tanpa mengira parti, yang mengeluarkan kenyataan berbaur kebencian.
“Mereka akan dikenakan tindakan sekiranya mengeluarkan kenyataan bersifat menabur kebencian tanpa asas,” katanya melalui satu kenyataan di Facebook.
Chean Chung mengusulkan cadangan itu susulan tindakan beberapa pemimpin Perikatan Nasional (PN) yang melemparkan tuduhan terhadap Anwar Ibrahim dan kerajaan yang baru dibentuk minggu lalu.
Ia termasuk dari Timbalan Pengerusi PN yang juga Presiden PAS, Abdul Hadi Awang.
“Kali ini, agak ganjil apabila sentimen ini hanya dipermainkan oleh Presiden PAS sendiri, iaitu Abdul Hadi Awang.
"Saya melihatkan ini percubaan beliau untuk mengukuhkan sokongan asas mereka,” katanya.
Abdul Hadi, setelah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah memperkenan pelantikan Anwar sebagai Perdana Menteri terus mempersoalkan keputusan itu apabila mempersoalkan apakah Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) itu cukup syarat atau sebaliknya untuk memegang jawatan nombor satu negara itu.
Ahli Parlimen Marang itu sebelum ini turut membuat tohmahan kononnya DAP berpaksikan idelogi komunisme, Dia kemudian mendakwa DAP mempromosikan Islamofobia.
Sebelum ini, Ketua Penerangan KEADILAN, Fahmi Fadzil menggesa Abdul Hadi supaya berhenti daripada menyebarkan kebencian dan kepalsuan serta tidak bertindak menderhaka kepada titah Yang di-Pertuan Agong.
Ketika mengulas dakwaan kononnya DAP mempromosikan Islamofobia di negara ini, Fahmi mencabar Abdul Hadi membuat laporan polis sekiranya mempunyai bukti sedemikian.Kekang anasir ancam perpaduan kaum
"Pada masa yang sama, ingat-ingatlah nasihat Yang di-Pertuan Agong supaya kita semua rapatkan saf demi masa depan Malaysia tercinta. Jangan derhaka," katanya beliau menerusi Twitternya.
0 Comments