SESIAPA sahaja termasuk pemimpin negara dan politik yang didapati membangkitkan sentimen perkauman perlu diambil tindakan, kata Yayasan Keprihatinan Komuniti Malaysia (MCCF).
Pengerusi MCCF, Datuk Seri Halim Ishak berkata, tindakan tanpa kecuali apa pun kedudukan dan peringkat umur itu perlu bagi dijadikan pengajaran dan isyarat bahasa cubaan melaga-lagakan kaum tiada tempat di negara ini.
Jelasnya dalam kenyataan, undang-undang telah ada dan pihak berkuasa perlu menguatkuasakannya dengan tegas supaya isu berkenaan tidak berlarutan dan menjadi barah dalam negara ini yang masyarakatnya majmuk.
"Semua pihak termasuk ketua komuniti, badan bukan kerajaan (NGO) dan ahli politik perlu peka dengan tidak membuat kenyataan berbaur hasutan sekali gus menyentuh isu sensitif perkauman dan agama yang menjejaskan perpaduan negara.
"Kita semua perlu berpegang kepada prinsip Rukun Negara dan menghormati Perlembagaan Persekutuan negara ini," katanya pada Selasa.
Halim turut menyarankan hukuman tambahan seperti khidmat kerja sosial di hospital, bahagian kecemasan, tanah perkuburan dan rumah kebajikan terhadap mereka yang melakukan kesalahan itu.
Dalam pada itu, Halim juga mencadangkan kesedaran moral untuk perkauman hendaklah diterap dari awal persekolahan.
"Selain itu, mereka juga boleh dihantar ke kem jati diri nasional dengan adanya khidmat kaunselor. Ini bagi memupuk rasa cinta pada negara untuk menyedarkan mereka asas perpaduan itu adalah toleransi dan saling menghormati," katanya lagi.
Pihak berkuasa digesa bersikap lebih tegas |
Baginda berpesan agar kerajaan baru dapat menyemai "semangat kebersamaan" dalam kalangan rakyat berbilang kaum di negara ini.
0 Comments