Ahmad Said dakwa k'jaan PAS salah guna kuasa, mahu SPRM siasat


BEKAS Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah  Malaysia (SPRM) menjalankan siasatan terhadap kerajaan negeri pimpinan  PAS berhubung dakwaan salah guna kuasa dan rasuah pada kempen Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15)

Ahmad Said yang juga pengerusi UMNO negeri itu berkata, pihaknya mendapat maklumat kerajaan negeri  dan pemimpin PAS melakukan pembahagian dana kepada pengundi di negeri ini dengan syarat menyatakan sokongan dan memberi undi kepada parti itu dalam PRU15.

Bercakap kepada pemberita dalam sidang akhbar pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kuala Terengganu semalam, Ahmad Said mendakwa antara dana yang diagihkan adalah I-Belia, Dana Ibu Tunggal dan Pencen Rakyat.
 
“UMNO negeri mendapat maklumat bahawa pembahagian dana-dana ini dilakukan di negeri ini dalam tempoh kempen dari 5 hingga 18 November lalu.

“UMNO juga percaya agihan dana-dana tersebut dibuat secara berleluasa dan melibatkan jumlah wang yang besar dan sengaja dibuat ketika kempen PRU15,” katanya dipetik laporan Utusan.

Sementara itu jelasnya, Ketua Pemuda UMN0 negeri, Tengku Haphiz Tengku Putera telah membuat laporan berhubung dakwaan salah guna kuasa dan rasuah tersebut di pejabat SPRM.

Ahmad Said sedia tampil beri keterangan
Berhubung dakwaanya itu, Ahmad Said berkata beliau sedia dipanggil untuk mengambil keterangannya terhadap dakwaan tersebut bagi membantu siasatan.

“Saya berharap aduan tersebut mendapat tindakan segera dan sewajarnya daripada pihak SPRM,” ujarnya.

Post a Comment

0 Comments