Bekas MB Perlis meninggal dunia

 


BEKAS Menteri Besar Perlis Tan Sri Dr Abdul Hamid Pawanteh dilapor meninggal dunia petang tadi.

Berita pemergian Menteri Besar Perlis keempat itu dikongsikan anaknya Natasya Pawanteh menerusi hantaran di Facebook.

Abdul Hamid yang berusia 78 tahun difahamkan meninggal dunia di kediamannya, di Arau kira-kira pukul 3.15 petang, namun punca kematiannya tidak dijelaskan.

Ketika hayatnya Allahyarham aktif dalam politik termasuk mengetuai UMNO Perlis sebelum bersama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Perlis.

Allahyarham Abdul Hamid adalah dilantik sebagai Menteri Besar Perlis dari 1986 hingga 1995.

Allahyarham juga pernah berkhidmat sebagai Yang Dipertua Dewan Negara Ke-14 bermula dari 2003 sehingga 2009.

Sepanjang pembabitan dalam karier politik, Allahyarham Abdul Hamid juga berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Arau (1982-1986) dan Ahli Parlimen Kangar (1999-2003).

Allahyarham turut memegang jawatan sebagai Pro-Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM) selama 12 tahun bermula 2003.

Allahyarham adalah MB Perlis ke-empat
Pada Julai 2003, Allahyarham meletakkan jawatannya sebagai Ahli Parlimen Kangar untuk dilantik menjadi yang Dipertua Dewan Negara hingga 2009 malah beliau juga pernah menjadi Timbalan Speaker Dewan Rakyat.

Natsya turut memaklumkan, jenazah bapanya dikebumikan selepas solat Jumaat esok di Masjid Negeri esok. 

Post a Comment

0 Comments