PRESIDEN Amanah Mohamad Sabu menjelaskan kerjasama terbentuk antara Pakatan Harapan (HARAPAN) dan Barisan Nasional (BN) serta parti-parti selain mahu menumpukan usaha membangun semula negara selain mahu menangkis fahaman yang boleh merosakkan.
Bercakap buat julung kali atas pentas UMNO di Rompin untuk berkempen bagi calon BN bagi kerusi DUN Tioman semalam, Mohammad Sabu menyatakan kebimbangannya atas kenyataan beberapa pemimpin politik yang dianggap melampau.
"Kebelakangan ini Malaysia dilanda dengan fahaman-fahaman yang kurang menyenangkan.
"Saya boleh kriitk Umno. Saya boleh hentam BN. Saya boleh kritik DAP atau hentam DAP.
"Tapi hadirin ada perenggannya. Jangan sampai dulu berlaku ketika dahulu, sampai peringkat kafirkan Umno. Saya bimbang fahaman takfiri (mengkafirkan orang lain) itu muncul semula sekarang ini," katanya.
Sebagai rekod, HARAPAN telah menjalin kerjasama dengan BN dan beberapa parti dari Malaysia Timur bagi membentuk kerajaan perpaduan, ia susulan cadangan dilontarkan Yang Di-Pertuan Agong bagi menamatkan situasi politik tergantung susulan keputusan Pilihan Raya Umum (PRU) bulan lalu.
Pengerusi HARAPAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim kemudian diperkenan untuk dilantik sebagai perdana menteri untuk mengetuai kerajaan yang terdiri daripada HARAPAN, BN, GPS, GRS dan Warisan serta mendapat sokongan Ahli Parlimen bebas itu.
Kedua-dua pihak turut membentuk kerajaan bersama di Perak dan Pahang.
PAS dan Perikatan Nasional (PN) yang menolak pembentukan kerajaan perpaduan bersama HARAPAN kemudian dilihat terus-menerus menyerang HARAPAN dan BN selepas PRU ke-15, yang menyaksikan parlimen tergantung.
Baru-baru ini tersebar pulas atu klip audio 'plot tukar kerajaan' yang dikaitkan dengan seorang pemimpin PAS, namun individu berkenaan enggan mengulas dakwaan dia adalah pemilik suara dalam rakaman audio yang tular itu.
Jangan biar perpecah berlaku di negara ini |
“Dalam tempoh lima tahun kita boleh lawan di pilihan raya. Kalau kita menang, kamu terima, kalau kamu kalah kamu terima.
"Sama ada kami menang atau kami kalah tiada masalah," katanya sambil mengeaskan kerajaan terbentuk hari ini perlu dibenarkan berkhidmat selama lima tahun penuh.
0 Comments