Jangan guna isu kaum dan agama untuk menghasut - Majlis Raja-Raja


MAJLIS RAJA-RAJA MELAYU menggesa ahli politik berhenti menggunakan isu perkauman dan agama untuk menghasut rakyat Malaysia satu sama lain.

Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir membuat gesaan itu selepas mempengerusikan Majlis Raja-Raja ke-260 pada Selasa dan Rabu.

Baginda turut menggesa kerajaan baharu pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim menggunakan peluang yang ada sebaik-baiknya untuk memacu negara ke tahap lebih tinggi dan menyemai "semangat kebersamaan" dalam kalangan rakyat Malaysia.

"Beta berharap supaya tiada lagi pemimpin yang membangkitkan isu perkauman atau agama dengan tujuan untuk menghasut masyarakat.

"Beta turut menggesa agar kerajaan baharu menggunakan peluang yang ada sebaik-baiknya untuk memacu negara ke tahap lebih," titah baginda.

Majlis Raja-Raja Melayu mengadakan pertemuan selama dua hari susulan pilihan raya umum ke-15.

Anwar yang dilantik sebagai perdana menteri pada 24 November lalu turut menghadiri mesyuarat tersebut.

Tuanku Muhriz turut mengucapkan tahniah kepada Anwar dan menteri besar Pahang, Perak serta Perlis atas pelantikan mereka.

Baginda berharap mereka akan menggalas tanggungjawab berasaskan prinsip yang digariskan dalam Rukun Negara.

Raja-Raja Melayu arah henti perpecahan
"Semangat dan nilai-nilai prinsip Rukun Negara hendaklah seharusnya menjadi amalan serta pegangan semua rakyat dan bukan sekadar tulisan dalam bahan bacaan sahaja.

"Sehubungan itu, beta mencadangkan agar lafaz ikrar Rukun Negara terus dilaksanakan dari semasa ke semasa dalam majlis-majlis yang bersesuaian," titah baginda lagi.

Post a Comment

0 Comments