PM akan umum barisan kabinet esok?


PERDANA MENTERI, Datuk Seri Anwar Ibrahim diura-urakan akan mengumumkan barisan kabinetnya esok melalui satu pengumuman khas.

Berita Harian, dalam laporan yang tidak menamakan sumber, berkata senarai jemaah menteri akan didedahkan dalam masa terdekat ini bagi membolehkan kebinet kerajaan perpaduan dibentuk sebelum Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, dijangka ke luar negara pada Sabtu ini.
Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah

Sin Chew Daily, pula melaporkan senarai menteri dijangka diumumkan seawal esok, dan kabinet baru akan mengangkat sumpah pada Isnin, 5 Disember ini.

Desas-desus berhubung pengumuman barisan kabinet itu mula diperkatakan setelah Seri Paduka Baginda yang di-pertuan Agong menerima menghadap Anwar petang semalam

Sementara itu, Ketua Penerangan KEADILAN Fahmi Fadzil memberitahu Berita Harian bahawa dia difahamkan pengumuman itu akan dibuat secepat mungkin tetapi idak mempunyai sebarang maklumat.

"Saya tak ada maklumat. Ada beberapa wartawan dah hubungi (saya) dan ya saya tak ada sebarang maklumat mengenai perkara ini.

"Yang saya difahamkan sesegera mungkin, tapi saya tak ada maklumat mengenai jangka masa itu," katanya dipetik.

Adakah barisan kabinet akan diumumkan esok?
Jumaat lalu, pada sidang media pertamanya selepas mengangkat sumpah sebagai perdana menteri, Anwar mengumumkan bahawa kerajaan yang dipimpinnya akan mempunyai saiz kabinet yang lebih kecil.

Pengerusi Pakatan Harapan itu juga dilaporkan berkata akan mencadangkan agar gaji menteri dikurangkan susulan iklim ekonomi negara yang tidak menentu dan dengan rakyat jelata yang berdepan kesukaran.

Post a Comment

0 Comments