PM sedang teliti calon timbalan menteri, dedah Rafizi

 


KERAJAAN dijangka akan mengumumkan barisan timbalan menteri dalam masa terdekat.

Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Rafizi Ramli memberitahu, proses meneliti calon sesuai untuk jawatan itu sudah dimulakan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim jelasnya sudah meminta kesemua parti dalam pembentukan Kerajaan Perpaduan agar menyenaraikan nama calon yang layak bagi dipertimbangkan.

“Insya-Allah, saya menjangkakan proses semakan latar belakang calon dan portfolio yang bakal diletakkan kekal mungkin ada sedikit masa antara satu atau dua minggu

"Perdana Menteri menentukan portfolio yang dirasakan sesuai dan terpulang kepada gabungan untuk mencalonkan nama.

"Berdasarkan nama itu kelak, Perdana Menteri akan melihat kesesuaian, kepakaran dan pengalaman sebelum dibawa untuk perkenan Yang di-Pertuan Agong ,” katanya.

Rafizi sebelumnya hadir merasmikan Persidangan ‘Kick-Off’ Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 anjuran Unit Perancang Ekonomi di Putrajaya semalam.

 Timbalan Menteri bakal diumumkan tak lama lagi
Turut hadir, Ketua Pengarah Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri (JPM), Datuk Nor Azmie Diron.

Mengulas lanjut, Rafizi berkata, bilangan mereka yang layak disenaraikan bergantung kepada nilai faktor ‘sumbangan’ daripada parti tersebut kepada pembentukan kerajaan sedia ada.

Rafizi bagaimanapun enggan mendedahkan sebarang butiran terperinci kerana tiada apa-apa maklumat lengkap termasuk kemungkinan ada lagi pelantikan senator yang baharu.

Post a Comment

0 Comments