Sanusi tak gembira pesawah Melayu dibantu?

 


PERDANA MENTERI menempelak pihak yang mengkritik arahan kerajaan supaya syarikat Padiberas Nasional Berhad (Bernas) berkongsi keuntungannya dengan pesawah miskin.

Pada sidang media di Kementerian Kewangan (MOF) di Putrajaya siang tadi, Anwar menjelaskan tindakan tersebut bukan bertujuan untuk merobohkan empayar perniagaan Syed Mokhtar Al-Bukhary.

Anwar menjelaskan perbincangan dengan Syed Mokhtar telah diadakan sebelum beliau mengumumkan langkah itu dan jutawan itu juga telah menyatakan persetujuannya.
 
“Saya tak buat keputusam tanpa berunding. Saya kenal dia, dan saya tahu dia (Bernas) syarikat besar. Bukan maksud saya nak robohkan empayar dia.

“Bila bincang, saya bincang dengan baik. Dan dia setuju negan mudah, tak sempat jumpa, telefon saja. Saya ucap terima kasih kepada dia juga.Bukan mudah kerana berdepan dengan konglomerat yang berbillion-bilion.,”  kata Anwar sambil menambah keputusan itu tertakluk kepada rundingan teliti yang akan diadakan esok.

Semalam Anwar dalam satu sidang media selepas mengadakan mesyuarat Khas Kabinet berkata Bernas akan memperuntukkan RM10 juta kepada pesawah miskin bulan ini dan RM50 juta pada tahun hadapan.

Sebagai respon kepada pengumuman itu, Menteri Besar Kedah Sanudi Md Nor menuduh Anwar hanya berani menegur Syed Mokhtar dalam kalangan tokoh korporat kaya di negara ini kerana dia dalah “Melayu dan mudah dibuli”.

Naratif Anwar menjadikan usahawa Melayu sebagai sasaran turut dimainkan penyokong parti tertentu di media sosial.

Anwar bagaimanapun mempertahan keputusan itu dengan berkata ia tidak seharusnya dijadikan modal politik kerana langkah itu bagi membantu golongan petani yang sebahagian besarnya juga adalah orang Melayu.

“Dah berpuluh tahun dah Bernas ini, kali pertama saya kata enough is enough.

“Untuk jamin masa depan petani pesawah ini, saya ambil langkah untuk berunding dengan Syed Mokhtar dan cuba bantu.

"Saya tak faham kenapa ini jadi masalah. Apa yang nak dipolitikkan?

Sanusi tak gembira pesawah Melayu dibantu?
"Pemimpin bercakap soal Islam Melayu berdegar-degar, tapi bila kata nak pulangkan sikit kepada pesawah padi, nak pertahankan juga tauke yang besar.

"Jerit la sekuat mana pun Melayu dan Islam, tapi nasib orang Melayu yang miskin tak terbela, tak ada makna bagi saya,” katanya lagi.

Sebagai rekod, Syed Mokhtar menguasai 92 peratus saham Bernas, yang diperolehinya pada 2014 daripada Shahidan Kassim dan ahli perniagaan Tan Boon Seng.

Post a Comment

0 Comments