PELANTIKAN Ahmad Zahid Hamidi sebagai sebahagian daripada anggota kabinet tidak akan menjejaskan perjalanan kes mahkamah dihadapi presiden UMNO dan pengerusi Barisan Nasional (BN) itu, tegas Naib Presiden Amanah Mujahid Yusof.
Dalam satu kenyataan, Mujahid berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim 'terikat' dengan kenyataan bahawa Ahmad Zahid masih memimpin sebuah parti yang memberikan sokongan kepada kerajaan perpaduan yang dibentuk sekarang.
"Pada asasnya tiada apa-apa kaitan prasyarat kes mahkamah dan kedudukannya dalam kabinet sebagai timbalan perdana menteri.
"Kes mahkamah Ahmad Zahid tetap berjalan seperti biasa dan apa sahaja keputusan yang dibuat mahkamah adalah bebas dan tidak akan terikat dengan kedudukan dia dalam kabinet.
"Segala pematuhan undang-undang terpakai ke atas Ahmad Zahid sebagai implikasi apa yang akan berlaku ke atas dirinya di mahkamah nanti," katanya.
Antara pelantikan yang menarik perhatian - dan memang dijangkakan - ialah Ahmad Zahid selaku timbalan perdana menteri, serta menteri kemajuan desa dan wilayah.
Ahmad Zahid sedang dibicarakan atas pertuduhan jenayah termasuk rasuah. Dia kini di peringkat membela diri.
Katanya dalam PRU yang lalu BN yang dipengerusi Zahid memenangi 30 kerusi dan gabungan itu kemudian menyokong Pakatan Harapan (HARAPAN) untuk membentuk kerajaan pusat setelah Perikatan Nasional (PN) menolak cadangan Yang Di-Pertuan Agong supaya kerajaan perpaduan dibentuk.
Di media sosial, penyokong PN yang tidak mengundi HARAPAN pada pilihan raya lalu mempersoalkan mengapa Anwar menyenaraikan Zahid dalam barisan kabinetnya.
Turut dipersoalkan adalah keputusan untuk melantik Tengku Zafrul yang kalah kepada Dr Dzulkefly Ahmad di Parlimen Kuala Selangor.
PN menggunakan Zahid sebagai modal serangan |
"Mungkinkah imej elitis properniagaannya akan membantu? Kita akan tunggu dan lihat," katanya.
"Orang ramai perlu memahami cabaran yang dihadapi Anwar untuk membentuk kerajaan berdasarkan rancangan mengecilkan saiz kabinet dan pada masa sama memenuhi taburan komponen parti dalam kerajaan," tegasnya lagi.
0 Comments