Dua Kementerian tubuh sekretariat bersama tangani isu kos sara hidup


KEMENTERIAN
Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup  (KPDN) serta Kementerian Ekonomi sedang memperinci beberapa langkah penyelesaian pantas menangani isu kos sara hidup rakyat.

Melalui satu kenyataan bersama, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub dan Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata kementerian sudah mengambil langkah proaktif bagi menjayakan usaha itu.

Ia termasuklah dengan mewujudkan pelan tindakan kerjasama rentas kementerian dan mengemaskini beberapa prosedur pelaksanaan dasar.

"Menerusi pelbagai perbincangan ini, ada keputusan yang sedang dilaksanakan serta masih memerlukan perincian. Kerajaan komited membantu rakyat, tanpa menjejaskan kedudukan ekosistem perniagaan serta industri yang masih dalam tempoh pemulihan pasca pandemik COVID-19

"Kerjasama serta peranan semua kementerian akan digembeleng. KPDN dan Kementerian Ekonomi bersetuju untuk mewujudkan satu sekretariat bersama yang akan menjadi satu platform di peringkat pegawai untuk membincangkan peranan pelbagai egensi dalam menangani kos sara hidup ," kata kenyataan itu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Mesyuarat Khas Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL), 27 November lalu, memberi tempoh dua minggu kepada kementerian terbabit memberi cadangan untuk menangani kos sara hidup rakyat.

Ia disusuli cadangan yang dibentangkan dalam mesyuarat kemudiannya dan Mesyuarat Kabinet, masing-masing pada 13 dan 14 Disember lalu.
 
Beberapa siri mesyuarat lain membabitkan beberapa pemegang taruh, termasuk kementerian, pemain industri, ahli akademik dan wakil pengguna juga telah dianjurkan.

Antara keputusan yang dicapai ialah kawalan harga dan subsidi ayam standard serta telur Gred A, B dan C diteruskan.

Membawa masuk telur import sebagai tindakan jangka pendek mengatasi isu bekalan dari pengeluar tempatan sehingga suatu tempoh ditetapkan.

Kerajaan juga mengekalkan tarif elektrik bagi pengguna domestik, komersial dan industri selain Padiberas Nasional Berhad (BERNAS) akan menyalurkan peruntukan RM60 juta kepada pesawah, masing-masing RM10 juta bagi 2022 dan RM50 juta pada 2023.

"Melalui libat urus antara Kementerian Perladangan dan Komoditi (MPIC), KPDN dan pemain industri minyak masak, kerajaan sedang memperinci pelaksanaan Harga 2 Peringkat bagi minyak sawit mentah supaya harga minyak masak tulen kemasan botol di pasaran domestik dijual pada harga lebih rendah.

"Ini bagi mengurangkan tekanan terhadap permintaan dan penggunaan minyak masak bersubsidi polibeg sekilogram.

"KPDN juga telah melancarkan 'Ops Terjah' selama satu bulan dengan menggerakkan 2200 orang Pegawai Penguatkuasa dalam mengetatkan operasi pemantauan harga dan keberadaan barang keperluan asas di pasaran.

"Kementerian EKonomi akan memberi tumpuan jangka pendek keada kebertanggungjawban harga berpatutan dengan membangun ekosistem berasaskan data-data harga dari seluruh negara bagi menambah keanjalan harga dan oermintaan sebagai satu usaha mengawal inflasi di masa akan datang," kata kenyataan itu.

Langkah penyelesaiaan pantas sedang diperincikan
Selain itu, KPDN turut memaklumkan pihaknya akan mempergiat usaha agar perdagangan domestik terus berkembang supaya terus menjadi penyumbang kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara sekaligus meningkatkan peluang pekerjaan.

Justeru agenda francais, jualan langsung seta peranan sektor peruncitan dan borang bakal diperkukuhkan.




 

Post a Comment

0 Comments