KERAJAAN digesa segera menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat dakwaan salah guna kuasa pembelian vaksin COVID-19 yang dikatakan didalangi tampuk kepemimpinan pentadbiran terdahulu.
Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Nadzim Johan, mendakwa pihaknya menerima aduan daripada beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berhubung keraguan perbelanjaan puluhan bilion ringgit perbelanjaan pengurusan COVID-19.
"Kami tidak mahu perkara sebegini berlaku lagi kerana ia suatu perkara yang tidak masuk akal. Kami nak bawa perkara ini secara rasmi.
"Aduan diterima mempunyai fakta yang patut dikaji dan perlu disiasat secara serius kerana ia membabitkan jumlah perbelanjaan yang sangat besar.
"Negara bukanlah kaya sangat dan rakyat menderita...apa pemimpin buat sehingga ada dakwaan salah laku seperti ini," katanya dalam satu sidang media.
Turut hadir adalah Pakar Perunding Histopatologi dan Ahli Statistik, Dr Manimalar Selvi Naicker, selain Peguam C R Selva dan Pengerusi Valued Partners, Michael Chow.
Sebelum ini Pakatan Harapan (HARAPAN) mencadangkan supaya bekas Perdana Menteri, Mahiaddin Md Yassin disiasat kerana didakwa membelanjakan RM500 bilion ketika pandemik COVID-19, dua tahun lalu.
Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) Melaka, Adly Zahari, berkata siasatan itu akan dijalankan sekiranya gabungan itu berjaya membentuk kerajaan.
PPIM gesa siasat perbelanjaan vaksin Covid-19 |
"Jika ada penyelewengan, kita akan ambil tindakan pendakwaan kerana ia adalah wang negara," katanya dalam satu program ceramah di Masjid Tanah baru-baru ini.
0 Comments