"Berjimat, bantu rakyat dulu' - pesan Anwar kepada bakal menteri

 

PERDANA MENTERI, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan barisan Kabinet yang bakal dilantik tidak lama lagi supaya berjimat dan tidak membazirkan wang kerajaan bagi perbelanjaan tidak perlu termasuk untuk baik pulih pejabat.

Bercakap kepada media selepas majlis Solat Hajat, Kenduri Kesyukuran dan Doa Selamat di Masjid Ashabus Solihin dekat Sungai Long, Kajang malam tadi beliau turut mengingatkan menteri dilantik tidak tidak menggunakan peruntukan kerajaan bagi kemudahan peribadi, sebaliknya perlu diutamakan bagi mengatasi lonjakan kos sara hidup dihadapi rakyat ketika ini.

"Kalau boleh jimat, sama ada RM100, RM1,000 atau RM10,000, ia boleh dipulangkan kepada golongan susah.

"Amalan dari dulu, apabila setiap menteri berpindah atau ditukarkan akan guna RM300,000 hingga RM500,000 untuk baik pulih pejabat, termasuk membeli kerusi dan meja cantik," jelasnya.

Anwar turut memberitahu beliau menerima laporan mengenai kerosakan karpet di pejabatnya di Putrajaya, walau bagaimanapun Anwar menolak ia diganti dengan yang baharu.

Anwar terlebih dahulu tunjuk teladan baik
"Saya sudah arahkan supaya ia dibaiki dan disyaratkan supaya tiada pembelian baharu. Ini adalah mesej kepada pimpinan kementerian dan jabatan lain supaya ingat bahawa dalam keadaan sekarang kita patut mulakan budaya baharu," katanya.

Anwar yang juga Ahli Parlimen Tambun sebelum ini menegaskan beliau tidak akan mengambil gaji Perdana Menteri seperti dijanjikan sebelum ini.
 

 

Post a Comment

0 Comments