Biar Anwar bentuk pasukan terbaik untuk rakyat - Fahmi Fadzil


AHLI POLITIK di negara ini diajak membuang jauh mentaliti “harta rampasan perang” dengan tidak lagi menuntut diberikan jawatan selepas menang pilihan raya.

Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN)  Fahmi Fadzil berkata, dengan konsep kerajaan perpaduan, ahli politik mesti mengutamakan nasib rakyat berbanding merebut jawatan dalam Jemaah Menteri.

Beliau merujuk kepada amalan dalam kerajaan sebelum ini yang secara tradisinya jawatan tertentu diberikan kepada beberapa pemimpin tanpa banyak soal, seperti ketua sayap wanita parti untuk dilantik sebagai menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat.
 
"Kerajaan baharu yang dipimpin oleh Perdana Menteri Anwar Ibrahim, sedang mengambil alih negara pada masa yang tidak pernah berlaku sebelum ini.

"Dengan kemelesetan semakin hampir melanda banyak negara di seluruh dunia tahun depan, beliau berkata kerajaan baharu tidak boleh melakukan kesilapan.

“Jadi kita mesti memilih (menteri) terbaik untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada negara,” kata Fahmi yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai dalam wawancara televisyen bersama RTM.

Ketika diminta mengulas usaha melaksanakan reformasi untuk negara dengan kerajaan perpaduan, Fahmi berkata, adalah penting untuk semua blok dalam kerajaan mencari jalan tengah bekerjasama.

Hapus tradisi 'rebut harta rampasan perang'


Usaha reformasi itu jelasnya adalah untuk mengatasi masalah dan membina masa depan yang lebih baik selain mengatasi isu dihadapi rakyat.


“Sebagai contoh, jika kita bercakap mengenai rasuah, pembaharuan bermakna mencari jalan untuk menutup kelemahan supaya rasuah tidak lagi boleh berlaku,” katanya.

Post a Comment

0 Comments