MESYUARAT khas Majlis Tindakan Sara Hidup Negara 2022 akan diadakan pagi ini dengan dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ketika ditemui media malam tadi, Anwar berkata mesyuarat itu adalah bagi membincangkan isu lonjakan kos sara hidup dihadapi sedang dihadapi rakyat di negara ini.
Biarpun hari ini merupakan hari cuti, namun Anwar menegaskan mesyuarat itu perlu diadakan segera berikutan terdapat keperluan mendesak berhubung isu berkenaan.
Beliau berharap mesyuarat itu dapat menyenaraikan beberapa pelan tindakan segera dan jangka panjang bagi mengatasi masalah terbabit.
"Kita khusus untuk dengar laporan dan langkah (mengatasi isu kos sara hidup) tetapi saya lebih mahu dengar tindakan yang boleh meleraikan masalah ini dengan sebahagiannya dalam kadar segera mahupun panjang.
"Saya sudah panggil dan pegawai sedia hadir (mesyuarat) biarpun esok adalah Ahad. Kos sara hidup ini terlalu menekan dan saya tak mahu tangguh. Insya-Allah kita akan mengambil beberapa tindakan segera sekadar yang kita mampu bagi mengatasi isu ini.K'jaan cari jalan selesai isu kos hidup
"Saya juga syukur dan berterima kasih kepada pedagang kerana menyediakan (bekalan) telur dan minyak masak mencukupi, ini sekurang-kurangnya langkah awal yang boleh meringankan beban rakyat," katanya semalam.
0 Comments