KESEMUA Ahli Parlimen di Sabah kecuali seorang menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang akan mengetuai Kerajaan Perpaduan.
Semalam Presiden Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM), Datuk Peter Anthony hadir ke pejabat Anwar di Putrajaya bagi menyerahkan surat sokongan dua Ahli Parlimen mewakili parti itu.
Mereka ialah Datuk Wetrom Bahanda Ahli Parlimen Kota Marudu serta Riduan Rubin (Parlimen Tenom).
Turut menyatakan sokongan ialah calon Bebas yang menang di kerusi Parlimen Kudat, Datuk Verdon Bahanda.
Dalam satu kenyataan di Facebook, Peter percaya pelantikan Anwar akan dapat menyelesaikan kemelut politik yang berlaku dan mengembalikan kestabilan politik negara.
"Pilihan raya sudah berlalu, yang baik kita jadikan teladan dan yang buruk kita jadikan sempadan.
"Saya menyeru semua bersama-sama berganding bahu untuk membina Sabah dan Malaysia," katanya.
Terdahulu Gabungan Rakyat Sabah (GRS) menyatakan bahawa enam Ahli Parlimen mereka menyokong Anwar, Presiden Warisan Shafie Apdal juga mengumumkan partinya yang diwakili 3 Ahli Parlimen menyokong pembentukan Kerajaan Perpaduan.
Anwar dapat sokongan kuat pimpin k'jaan |
Ahli Parlimen dari Sabah yang tidak bersama Kerajaan Perpaduan Ronald Kiandee yang kekal bersama Perikatan Nasional yang mewakili kawasan Beluran.
0 Comments