PRESIDEN Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) Jeffrey Kitingan menyifatkan keahlian parti pimpinannya dalam Perikatan Nasional (PN) sudah tidak lagi releven.
effry ketika ditanyakan apakan parti itu akan akan meninggalkan PN oleh media memberi bayangan ia tidak mustahil berlaku.
Jelasnya, kedua-dua pihak tidak mempunyai pandangan sama berhubung pembentukan kerajaan perpaduan di peringkat persekutuan dan ia telah menyebabkan mereka bergerak ke arah bertentangan ketika ini.
“Jika anda bergerak ke arah itu dan saya ke sini…apa maksudnya? Bagi STAR, keahlian kami dalam PN, nampaknya kami tidak lagi relevan kerana perbezaan pendapat.
“Masa akan tentukannya. Jika kami tidak hadir beberapa mesyuarat, maka itu sajalah. (Keahlian) akan hilang secara automatik.” jelasnya dipetik laporan portal FMT.
Walau bagaimanapun tambahnya, ketika ini STAR mengambil sikap bertenang terlebih dahulu, namun dalam masa sama sedang merancang keputusan seterusnya. Apakah PN sedang berdepan pergolakan?
STAR sebahagian daripada Gabungan Rakyat Sabah yang turut dianggotai Bersatu, Parti Bersatu Sabah dan Parti Progresif Sabah (SAPP). STAR juga sebahagian daripada PN, bersama Bersatu, SAPP, PAS serta Gerakan.
0 Comments