Tiada lagi projek perolehan tanpa tander - Perdana Menteri


PERDANA MENTERI Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menegaskan proses tata kelola kerajaan dibawah pimpinannya tidak boleh lagi berlaku kelulusan perolehan tanpa tender.

Ketegasan itu dinyatakan Anwar pada majlis perjumpaan Perdana Menteri bersama warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) di Putrajaya pagi ini.

"Soal peraturan, perolehan, soal kelulusan tanpa tender ini semua tidak boleh lagi.

"Maka untuk peringkat awal ini, saya ingin menyeru, mengajak saudara (penjawat awam) untuk sama-sama dalam pasukan, mari kita bertekad untuk menyelamatkan negara kita," katanya mengajak penjawat awam tidak lagi mengizinkan kebocoran, ketirisan dan rasuah terus berleluasa.

Dalam ucapannya juga Anwar sekali lagi menekankan dasar yang pernah dinyatakan lebih 20 tahun lalu ketika menerajui Kementerian Kewangan, iaitu tidak membenarkan ahli keluarga atau rakan terdekat mendapat kepentingan dalam projek berkaitan kerajaan.

Tidak berminat menggali masalah kerajaan terdahulu, Anwar  sebaliknya mahu menumpukan soal kerja dan mengangkat martabat hidup rakyat.

Anwar mahu tumpu kerja dan angkat martabat rakyat
"Hidup rakyat secara umumnya walaupun tidaklah separah beberapa negara lain, tetapi dalam keadaan yang agak sukar, sebab itu di peringkat awal, beberapa hari ini saya tidak peduli fitnah, saya harap kita tumpu soal kerja.

"Saya tidak berminat korek kisah lama... Yang penting ialah ke depan, apa yang boleh dan patut kita lakukan dalam mempersiapkan diri menghadapi masa depan," katanya.

Majlis perjumpaan hari ini turut dihadiri Ketua Setiausaha Negara Mohd Zuki Ali dan Peguam Negara Idrus Harun.
 

Post a Comment

0 Comments