PIHAK bekuasa digesa supaya segera menyiasat kenyataan dibuat Presiden PAS, Abdul Hadi Awang yang seolah-olah berbaur hasutan dan menghina institiusi Raja-Raja Melayu.
Gesaan itu dilontar Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) Terengganu, Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad merujuk penulisan Hadi semalam yang menggunakan kiasan mengenai pertandingan bola sepak, bahawa ada peraturan yang tidak dipatuhi - termasuk memberi masa kecederaan atau ketika seri.
Tambah Timbalan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu walaupun keputusan ada kemenangan untuk satu pihak, ada mata dan gol, tiba-tiba pengadil menambah masa kecederaan untuk memberi peluang kepada mereka yang jelas kalah supaya boleh menang dengan apa cara sekalipun.
Sesetengah pihak menganggap sindiran itu merujuk kepada keputusan Yang di-Pertuan Agong melantik Pengerusi HARAPAN Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri,
"Penulisan Hadi secara terbuka kelihatan derhaka menuduh pihak Istana tidak berlaku adil dan melanggar, seolah-olah menipu undang-undang dan seterusnya mencabar tindakan pihak Istana.
"Jika beliau tidak berpuas hati beliau sepatutnya boleh mengambil tindakan undang-undang melalui mahkamah dan bukan menghina kuasa dan tindakan Istana secara terbuka dan berlaku biadab," kata bekas Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu.
Dalam kenyataan sama. beliau turut mengingatkan Abdul Hadi bahawa sebagai seorang yang dianggap ulama oleh penyokongnya, Hadi perlu mempamerkan akhlak yang baik terhadap Raja dan bukan mencemuh melalui penulisan penghinaan terbuka.
Malah Islam tegasnya menuntut umat agar menghormati dan taat serta tidak derhaka pada Ulil Amri sebagai Ketua Negara.
"Politik songsang pintu belakang Langkah Sheraton hari ini mempamerkan segala budaya yang jelek dan derhaka baik dari seorang bergelar ulama dan juga seorang pemimpin Melayu.
"Mereka yang kononnya pernah mendirikan kerajaan Melayu - Islam di Malaysia sepatutnya mencerminkan segala yang baik dan jernih sebagai seorang Melayu dan juga Islam.
"Raja-Raja kita sedang berusaha untuk menyelamatkan negara dari ketidakstabilan politik dan masalah ekonomi yang meruncing hasil kegagalan pemerintahan kerajaan PNApakah Hadi buat kenyataan hina Institusi Raja?
“Pihak berkuasa polis digesa mesti segera menyiasat kenyataan Hadi Awang di bawah akta hasutan kerana menghina institiusi Raja-Raja Melayu Malaysia,” katanya dipetik.
0 Comments