Anwar arah polis siasat kenyataan yang mengancam keharmonian


DATUK SERI Anwar Ibrahim dilapor telah mengarahkan siasatan dan tindakan diambil terhadap pihak yang membuat fitnah atau mengeluarkan kenyataan keterlaluan.

Ketua Penerangan KEADILAN, Fahmi Fadzil berkata, dalam mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan (HARAPAN) yang diadakan di Petaling Jaya semalam, Anwar yang juga Perdana Menteri berkata beliau tidak bercadang mengambi tindakan terhadap pengkritiknya, namun tidak berkompromi terhadap fitnah atau dakwaan yang boleh mengancam keharmonian negara.
 
"Beliau ada menzahirkan bahawa beliau tak berhasrat mengambil apa-apa tindakan kepada mereka yang memberi kritikan.

"Tetapi kita menetapkan batas kepada elemen-elemen seperti fitnah tuduhan ejen Israel dan beliau telah meminta pihak polis mengambil tindakan," katanya Ahli Parlimen Lembah Pantai itu kepada pemberita.

Justeru Fahmi menyeru orang ramai menghormati titah Yang di-Pertuan Agong yang menyeru seluruh rakyat supaya bersatu padu.

"Kenyataan-kenyataan yang membawa fitnah perkauman yang melampau ini perlu berhenti sekarang.

"Ini masa untuk kita mula berkhidmat dan kita harap tak ada sesiapa yang berhasrat melanggar undang-undang," katanya.

Menjelang pilihan raya lalu, Anwar tidak terkecuali dari difitnah. Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria dalam kempennya mendakwa Pengerusi HARAPAN itu mempunyai agenda LGBT yang mahu menghalalkan perkahwinan sejenis dan menjadi boneka DAP

Difahamkan susulan tuduhan itu, Anwar telah memfailkan tindakan undang-undang terhadap Razman.

Selain Razman, Presiden PAS sendiri mendakwa DAP-yang merupakan parti dalam gabungan Pakatan Harapan adalah parti yang menyokong dan membawa ideologi komunis. Dia juga sebelum ini pernah menuduh orang bukan Islam dan bumiputera di negara ini sebagai pengamal rasuah.

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Muhyiddin Yassin turut mengguna rentak sama dalam kempennya apabila mendakwa HARAPANadalah ejen Yahudi dan Kristian yang ingin menjajah Malaysia.

Bagaimanapun, Muhyiddin kemudiannya mendakwa kenyataannya yang mengaitkan HARAPAN sebagai "ejen Yahudi" telah petik di luar konteks.

Budaya politik fitnah mesti dihentikan


Orang awam sebelum ini menyatakan rasa tidak senang terhadap kempen yang memainkan sentimen perkauman dan agama ketika pilihan raya.

 
Pengikut parti tertentu menggunakan hantaran media sosial untuk menakut-nakutkan orang Melayu dengan mendakwa ada kemungkinan berulangnya rusuhan kaum 13 Mei 1969 sekiranya DAP menjadi sebagai sebahagian kerajaan.

Post a Comment

0 Comments