SEMUA penjawat awam digesa bersama-sama membawa semangat perubahan agar negara dapat kembali ke era kegemilangannya.
Dalam ucapan pertamanya kepada penjawat awam di Jabatan Perdana Menteri pagi ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyuarakan harapan untuk permulaan yang baru untuk negara selepas merosot dari segi ekonomi, kestabilan dan disiplin.
“Kita tidak mungkin berjaya sekiranya tonggak perkhidmatan awam tidak sepenuhnya bersama saya,” katanya.
Menyifatkan penjawat awam sebagai keluarga, Anwar berkata, beliau sentiasa mendengar dan menerima pandangan daripada penjawat awam, seperti pernah diamalkan ketika berada dalam kerajaan seperti sebelum ini.
“Kalaupun saya ada buat cadangan balas , teguran, hanya lepas hadam apa yang berlaku berdasarkan pengalaman mereka. Kepintantaran, kecekalan dan minat kita, tak sama dengan pengalaman (mereka).
“Saya akan nasihatkan rakan-rakan yang akan dipilih (sebagai) menteri, insya-Allah dalam masa singkat, untuk hormati proses ini.
Anwar sedia terima pandangan dan teguran |
"Dalam bahasa (istilah) sekarang, reformasi,” katanya.
0 Comments