SHAMSUL ISKANDAR Md. Akin, tidak menolak kemungkinan beliau sekali lagi akan menjadi ‘giant killer’ menumbangkan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi di Parlimen Bagan Datuk.
Bercakap kepada media selepas penamaan calon semalam, Shamsul yang merupakan calon Pakatan Harapan berkata, sokongan dan sambutan diterimanya daripada pengundi di kawasan kubu kuat Umno itu semakin memberangsakan.
“Insya-Allah (mampu menang), jika rakyat Bagan Datuk memberi peluang untuk diri mereka mencipta sejarah pada Pilihan Raya Umum Ke15 (PRU15) kali ini,” katanya dipetik.
Ahmad Zahid yang menyandang kerusi parlimen itu selama lima penggal, dicabar oleh Shamsul Iskandar, Muhammad Faiz Na’aman dari Perikatan Nasional (PN) dan bekas Ahli Parlimen Sungai Benut, Tawfik Ismail, 71, yang bertanding sebagai calon bebas.
Shamsul Iskandar menerima digelar ‘giant killer’ kerana menumpaskan bekas Ketua Negeri Melaka, Tun Mohd. Ali Rustam yang kini menjadi Yang di-Pertua Negeri Melaka, di Parlimen Bukit Katil yang kini dikenali sebagai Hang Tuah Jaya pada 2013.
Pada PRU14, Ahmad Zahid walaupun berada di kawasan kubu kuatnya hanya memperolehi kelebihan 5,073 undi menewaskan calon HARAPAN, manakala calon PAS yang diketengahkan pada PRU itu mendapat kurang 5,000 undi. Shamsul pernah kalahkan KM Melaka
Sementara itu Shamsul berkata beliau menawarkan pembaharuan yang dimahukan rakyat Bagan Datuk yang dakwanya sudah bosan dengan penyandangnya yang mempunyai banyak kes di mahkamah.
0 Comments