Rafizi bakal dedah skandal baru babitkan PN dan BN


MULAI esok, Rafizi Ramli bakal mendedahkan lebih banyak kepincangan dan rasuah yang berlaku sepanjang pentadbiran Perikatan Nasional (PN) selama lebih 30 bulan pada Isnin ini

Bercakap pada program jelajahnya di Pandan, Timbalan Presiden KEADILAN itu berkata, 'peluru' yang akan dilontarkan Isnin ini membabitkan kepincangan didalangi UMNO, BERSATU dan PAS yang terpalit dengan rasuah bernilai bilion ringgit.

"Mereka asyik cakap keburukan 22 bulan Pakatan Harapan mentadbir, tetapi saya ada banyak peluru untuk didedahkan minggu depan.

"Kenapa nak tunggu minggu depan (Isnin)...sebab saya nak bagi mereka tidak tidur malam. Saya tidak dapat apa-apa (dengan pendedahan) jadi bagilah saya buli mereka.

"Biarkan Muhyiddin (Pengerusi PN, Mahiaddin Yassin) dan Zahid (Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi) fikir apa yang nak keluar ini," katanya.

Ogos lalu, Rafizi mendedahkan berhubung isu projek kapal tempur pesisir (LCS) oleh Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dengan beberapa dakwaan antaranya Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS) menerima dokumen sebut harga daripada Naval Group (dahulu dikenali sebagai DCNS) sebelum surat lantikan (LOA) kerajaan Malaysia.

Rafizi terkenal dengan banyak pendedahan skandal berprofil tinggi.

Antara paling terkenal adalah membabitkan dana Pusat Fidlot Nasional (NFC) di Gemas, Negeri Sembilan yang diuruskan oleh suami dan tiga anak bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil.

Beliau juga sering membangkitkan isu membabikan Tabung Haji (TH) dan Majlis Amanah Rakyat (Mara).

Apa skandal baru yang mahu didedahkan?
Skandal SRC International Sdn Bhd dan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) antara kes penyelewengan besar yang pernah didedahkannya.

Menurut Rafizi beliau mula perasan mengenai 1MDB pada tahun 2011 selepas syarikat itu membayar berbilion ringgit dalam urusniaga membeli blok minyak mentah melibatkan PetroSaudi dan merupakan tindakan luar biasa kerana isu melibatkan petroleum biasanya diurus menggunakan Petronas.

Post a Comment

0 Comments