MERDEKA CENTER melalui kajiannya mendapati Pakatan Harapan (HARAPAN) sedang mendahului sokongan pengundi berbanding Barisan Nasional (BN).
Tinjauan dilakukan dari 19 Okt hingga 28 Okt lalu dan melibatkan 1,209 pengundi di semua kumpulan etnik mendapati 26% responden menyokong HARAPAN, dengan BN ketinggalan hanya 2%,
Perikatan Nasional (PN) jauh ketinggalan, dengan hanya 13% responden menyokong gabungan itu.
Tinjauan itu turut menyatakan Gerakan Tanah Air (GTA) dan lain-lain gabungan hanya mendapat sokongan 2% responden.
Majoriti responden (31%) bagaimanapun mengatakan mereka ketika kajian dijalankan tidak mempunyai keutamaan atau tidak pasti untuk menyokong pihak mana pada Pilihan Raya Umum, 19 November ini.
Kajian oleh Merdeka Center juga menyatakan HARAPAN mendapat sokongan lebih tinggi di kalangan orang Melayu berbanding PN iaitu 20% dan 13%. BN yang ditunjangi Umno walau bagaimanapun mendominasi sokongan dengan 32% di kalangan Melayu.
Pusat penyelidikan itu berkata “keutamaan menurun dengan ketara” dan 29% responden Melayu berkata mereka tidak mempunyai keutamaan atau tidak pasti gabungan mana hendak diundi.
“Kemungkinan sebahagian daripada pengundi yang belum membuat keputusan ini masih memihak parti pemerintah, bagaimanapun pengalaman sebelum ini mendapati majoriti daripada mereka berkemungkinan memilih pembangkang, iaitu PN atau HARAPAN,” kata kajian itu dipetik.
Dengan pertembungan tiga gabungan parti politik terbesar pada PRU15.
Merdeka Center berkata ketika ini sukar untuk diramalkan keputusan pilihan raya susulan pertembungan tiga gabungan politik terbesar pada PRU kali ini. PRU15 dianggap pilihan raya paling getir
Mereka menjangkakan tidak ada mana-mana gabungan pun yang dapat membentuk kerajaan.
“Sebaliknya, besar kemungkinan sekurang-kurangnya tiga atau lebih parti atau gabungan diperlukan untuk bekerjasama membentuk kerajaan dengan majoriti mudah.”
0 Comments