Jangan salah pilih, bimbang kleptokrat jadi kerajaan semula


PENGUNDI yang bakal menunaikan tanggungjawab pada 19 November ini di ingatkan supaya membuat pilihan betul dengan tidak memberi mandat kepada parti perasuah dan kleptokrat untuk mentadbir negara.

Pengerusi AMANAH Pulau Pinang, Dr Roslan Ahmad berkata, sejarah negara telah membuktikan bahawa parti perasuah bukanlah parti yang terbaik untuk diberi mandat untuk membela nasib rakyat.

Memberi contoh pentadbiran di negeri ditadbir Pakatan Harapan (HARAPAN), Roslan berkata gabungan itu telah terbukti sebagai yang terbaik dalam membela rakyat.

“Yang pasti nasib rakyat harus menjadi prioriti, bukannya memperjuangkan nasib  kluster mahkamah yang sedang berada dalam kebimbangan serta terumbang-ambing.

“Pakatan Harapan (HARAPAN) menawarkan pelbagai tawaran bagi membela nasib semua golongan masyarakat tanpa mengambil kira fahaman ideologi politik maupun ras," jelasnya.

Untuk rekod, Barisan Nasional (BN) tumbang pada PRU yang akhirnya menyaksikan beberapa pemimpin utamanya serta keluarga mereka diheret ke Mahkamah.

Bekas Presiden Umno, Najib Razak kini sedang menjalani hukuman penjara 12 tahun setelah Mahkamah Persekutuan pada 23 Ogos lalu mengekalkan sabitan tujuh pertuduhan membabitkan dana SRC International berjumlah RM42 juta.

Kira-kira seminggu selepas itu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menjatuhkan hukuman 10 tahun dan denda RM790 juta kepada isteri Najib, Rosmah Mansor setelah didapati bersalah atas tiga tuduhan rasuah membabitkan projek pembekalan dan pemasangan tenaga solar di sekolah luar bandar di Sarawak bernilai RM1.25 bilion.

Beberapa pemimpin lain, termasuk Presiden Umno sekarang, Ahmad Zahid Hamidi sedang berdepan perbicaraan atas tuduhan melakukan jenayah kewangan.

Pengundi digesa buat pilihan bijak
Ada dakwaan bahawa, pilihan raya kali ini sengajar disegerakan bagi menyelamatkan pemimpin BN yang terpalit kes mahkamah.

Sementara itu menurut Roslan, jika pengundi tersilap pilih pada 19 November, beliau bimbang kleptokrasi akan bermaharajalela dan amalan rasuah akan berterusan dan sambung-menyambung.

Post a Comment

0 Comments