PERDANA MENTERI,Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu diberikan peluang oleh seluruh rakyat untuk membuktikan keupayaan beliau mentadbir negara..
Timbalan Pengerusi Pakatan Harapan negeri Kelantan, Dr. Hafidzah Mustakim turut berkata, sokongan kuat kepada kerajaan perpaduan pimpinan Anwar juga mesti diberikan dokongan kuat oleh blok politik lain.
Ia bagi memastikan kerajaan yang ditubuhkan dapat menjalankan tugas dengan baik dalam menggembleng usahanya mengangkat semula negara imej, ekonomi dan kedaulatan negara.
Anwar dilantik sebagai Perdana Menteri ke-10, selepas hampir 24 tahun berkhidmat sebagai pemimpin pembangkang setelah disingkirkan dari kerajaan pada 1998.
Buat pertama kalinya, negara melakar sejarah apabila sebuah kerajaan perpaduan ditubuhkan dengan matlamt mengukuhkan keharmonian kaum dan wilayahnya serta memulihkan keadaan ekonomi yang merosot terutama menjelang krisis ekonomi tahun hadapan.
Sementara itu Dr Hafidzah menyatakan keyakinan bahawa kerajaan baharu mampu mencapai objektifnya.
Gambaran awal jelasnya dapat dilihat apabila pelantikan Anwar membawa beberapa impak positif terutama berkaitan dengan pemulihan ekonomi negara.
Ia antaranya apabila nilai ringgit mula menunjukkan peningkatan berbanding sebelum ini sekali gus memberikan kesan baik kepada negara.
“Mengukuhkan lagi kepada proses itu apabila beberapa pemimpin dunia termasuk Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan menghubungi Anwar bagi mengucapkan tahniah di atas pelantikan beliau.
“Berpandukan kepada situasi itu, saya yakin dan percaya pelabur asing akan kembali semula ke Malaysia untuk menanam modal di negara ini. Prestasi itu secara tidak langsung memberi isyarat pemulihan ekonomi negara akan menjadi lebih pantas,” katanya dalam satu kenyataan.
Timbalan Pengerusi Pakatan Harapan negeri Kelantan, Dr. Hafidzah Mustakim turut berkata, sokongan kuat kepada kerajaan perpaduan pimpinan Anwar juga mesti diberikan dokongan kuat oleh blok politik lain.
Ia bagi memastikan kerajaan yang ditubuhkan dapat menjalankan tugas dengan baik dalam menggembleng usahanya mengangkat semula negara imej, ekonomi dan kedaulatan negara.
Anwar dilantik sebagai Perdana Menteri ke-10, selepas hampir 24 tahun berkhidmat sebagai pemimpin pembangkang setelah disingkirkan dari kerajaan pada 1998.
Buat pertama kalinya, negara melakar sejarah apabila sebuah kerajaan perpaduan ditubuhkan dengan matlamt mengukuhkan keharmonian kaum dan wilayahnya serta memulihkan keadaan ekonomi yang merosot terutama menjelang krisis ekonomi tahun hadapan.
Sementara itu Dr Hafidzah menyatakan keyakinan bahawa kerajaan baharu mampu mencapai objektifnya.
Gambaran awal jelasnya dapat dilihat apabila pelantikan Anwar membawa beberapa impak positif terutama berkaitan dengan pemulihan ekonomi negara.
Ia antaranya apabila nilai ringgit mula menunjukkan peningkatan berbanding sebelum ini sekali gus memberikan kesan baik kepada negara.
Iklim ekonomi mula tunjuk suasana positif |

0 Comments