PM harap hubungan akrab Persekutuan dan S'wak terus kukuh

 


PERDANA MENTERI, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan harapan supaya kerajaan negeri Sarawak dan Persekutuan dapat terus memperkukuh hubungan akrab kedua belah pihak.

Harapan itu disuarakan Anwar melalui hantaran di laman Facebooknya setelah menerima kunjungan hormat Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Abang Openg bersama rombongan di kediamannya di Sungai Long, Kajang, Selangor semalam.

"Wakil Gabungan Parti Sarawak (GPS) menjadi antara tunggak selain Barisan Nasional (BN), WARISAN dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang membentuk Kerajaan Perpaduan dikemudi saya.

"Insya-Allah, hubungan antara Kerajaan Persekutuan dan Sarawak pastinya lebih akrab dan diperkukuh dalam rencana melakar Malaysia lebih baik dan berketerampilan," katanya dalam muat naik itu.

Anwar sambut kunjungan premier Sarawak
Anwar akan mengetuai Kerajaan Perpaduan yang terbentuk membabitkan penyertaan tiga komponen utama iaitu Pakatan Harapan (HARAPAN), Barisan Nasional (BN) dan Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Ia kemudian diikuti dengan penyertaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dari Sabah, Warisan, Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) dan ahli parlimen bebas.

Susulan itu Anwar mengumumkan kerajaan perpaduan pimpinannya kini telah mencapai majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat.





 

Post a Comment

0 Comments