BIRO UNDANG-UNDANG (KANUN) AMANAH akan menggerakkan laporan polis terhadap pihak yang memuat naik hantaran berbaur perkauman yang bersifat menghasut dan rasis di media sosial.
Perkara itu ditegaskan Pengerusi KANUN, Dr Zulqarnain Lukman susulan tersebarnya banyak hantaran berbaur perkauman yang boleh mencetus keadaan tidak harmoni antara kaum di negara ini yang berbahaya kepada negara kerana boleh mencetuskan pergaduhan serta pertumpahan darah.
Tambahnya, KANUN menerima banyak aduan terhadap tindakan pihak yang tidak berpuas hati dengan pembentukan kerajaan negeri Perak dan proses pembentukan kerajaan Persekutuan.
“Sehubungan itu, peguam KANUN bersama Biro Mobilisasi akan menggerakkan laporan polis ke atas pihak-pihak yang membuat posting berbaur menghasut dan bersifat rasis di semua media sosial.
“KANUN menegaskan tindakan ekstrimis atas nama bangsa dan agama ini akan memudaratkan keamanan,” kata Zulqarnain dalam satu hantaran di Facebook.
Sehubungan itu KANUN memberi amaran agar individu yang telah membuat hantaran perkauman sedemikian atau telah berkongsi posting tersebut di media sosial TikTok, Facebook dan Instagram memadamkannya segera.
hantaran-hantaran itu jelasnya boleh mengakibatkan pemilik media sosial berkenaan berhadapan dengan hukuman denda dan penjara.
“Sekiranya pihak kami mendapati posting sedemikian masih wujud maka pihak kami tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang,” katanya lagi.
BACA: Momok 13 Mei hantui TikTok lepas hari undi
BACA: Usaha tubuh k'jaan tak wajar berakhir dengan kekacauaan
Media sebelum ini melaporkan berlaku peningkatan hantaran berbaur perkauman di media sosial terutama TikTok. Antara hantaran itu adalah berkaitan peristiwa rusuhan 13 Mei.
Pengendali TikTok kemudian memaklumkan telah bertindak memadam hantaran kandungan berkaitan rusuhan kaum itu kerana ia melanggar Garis Panduan Komuniti pihaknya.
Dalam satu kenyataan, TikTok berkata, pihaknya tidak mempunyai toleransi terhadap sebarang bentuk ucapan kebencian, keganasan dan ekstremisme.
Perkara itu ditegaskan Pengerusi KANUN, Dr Zulqarnain Lukman susulan tersebarnya banyak hantaran berbaur perkauman yang boleh mencetus keadaan tidak harmoni antara kaum di negara ini yang berbahaya kepada negara kerana boleh mencetuskan pergaduhan serta pertumpahan darah.
Tambahnya, KANUN menerima banyak aduan terhadap tindakan pihak yang tidak berpuas hati dengan pembentukan kerajaan negeri Perak dan proses pembentukan kerajaan Persekutuan.
“Sehubungan itu, peguam KANUN bersama Biro Mobilisasi akan menggerakkan laporan polis ke atas pihak-pihak yang membuat posting berbaur menghasut dan bersifat rasis di semua media sosial.
“KANUN menegaskan tindakan ekstrimis atas nama bangsa dan agama ini akan memudaratkan keamanan,” kata Zulqarnain dalam satu hantaran di Facebook.
Sehubungan itu KANUN memberi amaran agar individu yang telah membuat hantaran perkauman sedemikian atau telah berkongsi posting tersebut di media sosial TikTok, Facebook dan Instagram memadamkannya segera.
hantaran-hantaran itu jelasnya boleh mengakibatkan pemilik media sosial berkenaan berhadapan dengan hukuman denda dan penjara.
“Sekiranya pihak kami mendapati posting sedemikian masih wujud maka pihak kami tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang,” katanya lagi.
BACA: Momok 13 Mei hantui TikTok lepas hari undi
BACA: Usaha tubuh k'jaan tak wajar berakhir dengan kekacauaan
Media sebelum ini melaporkan berlaku peningkatan hantaran berbaur perkauman di media sosial terutama TikTok. Antara hantaran itu adalah berkaitan peristiwa rusuhan 13 Mei.
Jangan heret negara dalam pergaduhan kaum |

0 Comments