PENGARAH Komunikasi AMANAH, Khalid Abd Samad mempersoalkan apakah bakal berlaku kepada rakyat di negara ini sekiranya sekali lagi ‘kerajaan bendera putih’ terbentuk.
Merujuk kepada kegagalan pentadbiran Mahiaddin Md Yassin ketika pendemik Covid-19 yang menyaksikan perintah berkurung berpanjangan, beliau berkata rakyat ketika itu bukan sahaja sengsara, malah berlakunya peristiwa bunuh diri akibat pelbagai tekanan terutama berkaitan ekonomi.
“Jika Mahiaddin dilantik, ia akan mengulangi sejarah hitam lalu kerana terbukti dia dan Perikatan Nasional (PN) tidak mampu memerintah dengan baik. Sepanjang kepimpinan beliau yang dipentingkan hanya ingin kekal berkuasa”.
“Perlantikan beliau sebagai Perdana Menteri kali ini tidak seharusnya berlaku kerana yang mendapat kerusi terbanyak dan jumlah undi terbanyak adalah Pakatan Harapan,” kata beliau dipetik laporan Malaysiadateline.
Ketika pendemik Covid-19, ada rakyat telah kehilangan pendapatan sehingga terputus bekalan makanan.
Seorang aktivis, Nik Faizah Nik Othman kemudian melontar idea supaya rakyat membantu sesama sendiri melului kempen #BenderaPutih.
Nik Faizah kemudian dicalonkan HARAPAN bertanding di Parlimen Pengkalan Chepa, namun mengalami kekalahan.
Mahiaddin pada Selasa menolak cadangan Yang di-Pertuan Agong supaya kerajaan campuran dibentuk, Dia mendakwa mempunyai sokongan mencukupi untuk dilantik sebagai Perdana Menteri termasuk dari Ahli Parlimen BN.
10 orang Ahli Parlimen BN itu yang tidak dinamakan kemudian dilapor menarik balik perakuan bersumpah (SD) sokongan mereka kepada Mahiaddin setelah diarahkan parti.
"Jika ia berlaku, apa gunanya Akta Lompat Parti yang telah digubal dan diluluskan sebelum ini? Ianya hanya boleh berlaku sekiranya ada ADR yang langgar pendirian resmi parti.
“Sedangkan kita semua tahu, undi sepatutnya diberikan berdasarkan blok parti politik atau keputusan parti dan bukan individu ahli Parlimen parti berkenaan,” kata Khalid ketika mengulas dakwaan Mahiaddin itu.
Justeru beliau mencadangkan, dalam keadaan sekarang, Datuk Seri Anwar Ibrahim diberikan peluang untuk menjadi perdana menteri selepas Pakatan Harapan berjaya mendapat kerusi dan undi terbanyak.
“Saya yakin jika beliau dilantik sebagai Perdana Menteri, dalam tempoh terdekat, sokongan ke atas beliau akan bertambah berdasarkan wawasan pemulihan dan penambahbaikan yang ingin dilakukan beliau”, katanya.
Merujuk kepada kegagalan pentadbiran Mahiaddin Md Yassin ketika pendemik Covid-19 yang menyaksikan perintah berkurung berpanjangan, beliau berkata rakyat ketika itu bukan sahaja sengsara, malah berlakunya peristiwa bunuh diri akibat pelbagai tekanan terutama berkaitan ekonomi.
“Jika Mahiaddin dilantik, ia akan mengulangi sejarah hitam lalu kerana terbukti dia dan Perikatan Nasional (PN) tidak mampu memerintah dengan baik. Sepanjang kepimpinan beliau yang dipentingkan hanya ingin kekal berkuasa”.
“Perlantikan beliau sebagai Perdana Menteri kali ini tidak seharusnya berlaku kerana yang mendapat kerusi terbanyak dan jumlah undi terbanyak adalah Pakatan Harapan,” kata beliau dipetik laporan Malaysiadateline.
Ketika pendemik Covid-19, ada rakyat telah kehilangan pendapatan sehingga terputus bekalan makanan.
Seorang aktivis, Nik Faizah Nik Othman kemudian melontar idea supaya rakyat membantu sesama sendiri melului kempen #BenderaPutih.
Nik Faizah kemudian dicalonkan HARAPAN bertanding di Parlimen Pengkalan Chepa, namun mengalami kekalahan.
Mahiaddin pada Selasa menolak cadangan Yang di-Pertuan Agong supaya kerajaan campuran dibentuk, Dia mendakwa mempunyai sokongan mencukupi untuk dilantik sebagai Perdana Menteri termasuk dari Ahli Parlimen BN.
10 orang Ahli Parlimen BN itu yang tidak dinamakan kemudian dilapor menarik balik perakuan bersumpah (SD) sokongan mereka kepada Mahiaddin setelah diarahkan parti.
"Jika ia berlaku, apa gunanya Akta Lompat Parti yang telah digubal dan diluluskan sebelum ini? Ianya hanya boleh berlaku sekiranya ada ADR yang langgar pendirian resmi parti.
“Sedangkan kita semua tahu, undi sepatutnya diberikan berdasarkan blok parti politik atau keputusan parti dan bukan individu ahli Parlimen parti berkenaan,” kata Khalid ketika mengulas dakwaan Mahiaddin itu.
Apa guna ADR jika boleh curi sokongan |

0 Comments