DALAM tempoh 48 jam selepas hari pengundian pada Sabtu, beberapa hantaran yang didakwa cuba menimbulkan keadaan panik disiarkan di laman Tik Tok.
Malaysiakini dalam laporannya berkata, antara hantaran itu adalah amaran kemungkinan berulangnya rusuhan kaum 13 Mei 1969 yang ditonton ratusan ribu penonton di platform itu.
Naratif serupa turut dikongsikan dengan disasarkan kepada orang Melayu-Islam, mendakwa DAP akan menguasai politik jika parti itu dibenarkan menjadi sebahagian kerajaan baru yang ditubuhkan.
"Penglibatan yang ketara dilihat di TikTok tetapi ia juga telah menjadi tular di seluruh platform.
"Naratif ini menghasut dan digunakan untuk menimbulkan ketakutan, dan mendorong agenda anti-DAP (anti-Cina) sambil menyeru terutamanya Perikatan Nasional untuk mentadbir negara," kata pengarah eksekutif Pusat Kewartawanan Bebas (CIJ) Wathshlah Naidu.
Pada masa sama, Wathshlah berkata terdapat trend yang jauh lebih rendah tetapi positif mengenai usaha netizen untuk menentang naratif kebencian tersebut.
"Ia menunjukkan keperluan kritikal untuk maklumat dan berfikir secara progresif dalam menahan naratif kebencian yang disasarkan," katanya.
Sementara itu beliau turut mendesak pihak berkuasa berkaitan termasuk agensi di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia mengeluarkan kenyataan untuk mengatasi penyebaran maklumat salah yang boleh dianggap menghasut dan mungkin mencetuskan keganasan.
Pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU) Sabtu lalu, HARAPAN memenangi kerusi terbanyak dengan memperolehi 82 kerusi Parlimen, dan Perikatan Nasional (PN) 73 kerusi, Barisan Nasional menunjukkan prestasi memalukan apabila hanya berjaya memenangi 30 kerusi.
Sesetengah pihak mengaitkan kebangkitan PN dengan kempen media sosial di TikTok, melibatkan pempengaruh berbayar dan lain-lain yang menyasarkan pengundi baru kali pertama dan golongan muda.
Beberapa pemimpin PN dalam kempen mereka turut menggunakan isu perkauman dan agama untuk menakut-nakutkan pengundi antaranya dengan mengaitkan DAP dengan komunis dan menjatuhkan hukuman neraka kepada pengundi sekiranya mengundi BN dan HARAPAN.
Sama ada hantaran terbaharu di media sosial yang memberi amaran berulangnya rusuhan ada kaitan dengan PN tidak dapat dipastikan.
Malaysiakini dalam laporannya berkata, antara hantaran itu adalah amaran kemungkinan berulangnya rusuhan kaum 13 Mei 1969 yang ditonton ratusan ribu penonton di platform itu.
Naratif serupa turut dikongsikan dengan disasarkan kepada orang Melayu-Islam, mendakwa DAP akan menguasai politik jika parti itu dibenarkan menjadi sebahagian kerajaan baru yang ditubuhkan.
"Penglibatan yang ketara dilihat di TikTok tetapi ia juga telah menjadi tular di seluruh platform.
"Naratif ini menghasut dan digunakan untuk menimbulkan ketakutan, dan mendorong agenda anti-DAP (anti-Cina) sambil menyeru terutamanya Perikatan Nasional untuk mentadbir negara," kata pengarah eksekutif Pusat Kewartawanan Bebas (CIJ) Wathshlah Naidu.
Pada masa sama, Wathshlah berkata terdapat trend yang jauh lebih rendah tetapi positif mengenai usaha netizen untuk menentang naratif kebencian tersebut.
"Ia menunjukkan keperluan kritikal untuk maklumat dan berfikir secara progresif dalam menahan naratif kebencian yang disasarkan," katanya.
Sementara itu beliau turut mendesak pihak berkuasa berkaitan termasuk agensi di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia mengeluarkan kenyataan untuk mengatasi penyebaran maklumat salah yang boleh dianggap menghasut dan mungkin mencetuskan keganasan.
Pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU) Sabtu lalu, HARAPAN memenangi kerusi terbanyak dengan memperolehi 82 kerusi Parlimen, dan Perikatan Nasional (PN) 73 kerusi, Barisan Nasional menunjukkan prestasi memalukan apabila hanya berjaya memenangi 30 kerusi.
Sesetengah pihak mengaitkan kebangkitan PN dengan kempen media sosial di TikTok, melibatkan pempengaruh berbayar dan lain-lain yang menyasarkan pengundi baru kali pertama dan golongan muda.
Pihak tak bertanggungjawab cuba cetus kegelisahan |

0 Comments