SERAMAI tujuh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pakatan Harapan (HARAPAN) dilantik sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak (EXCO) dalam ‘Kerajaan Perpaduan Perak’ di Perak.
Menteri Besar Perak Saarani Mohamad mengumumkan portfolio itu dua hari selepas beliau dilantik menerajui kerajaan negeri hasil kerjasama Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (HARAPAN).
Kesemua ADUN HARAPAN yang dilantik itu terdiri daripada Adun Sungai Rapat Dr Ir Mohamad Nizar Jamaluddin yang memegang portfolio Infrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam.
ADUN Aulong Teh Kok Lim sebagai Pengerusi Jawatankuasa Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau, Adun Teja Sandrea Ng Shy Ching sebagai Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan ADUN Belanja Khairudin Abu Hanipah sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan.
ADUN Tualang Sekah Mohd Azlan Helmi Helmi sebagai Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia dan NGO manakala ADUN Pasir Bedamar Woo Kah Leong diantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi, Hal Ehwal Pengguna dan Kampung Baru Cina.
Manakala ADUN Sungkai A Sivanesan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Kesihatan dan Hal Ehwal Masyarakat India) dan ADUN Jalong Loh Sze Yee sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor
Sementara itu, Saarani akan memegang portfolio Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam, Kewangan, Keselamatan, Tanah, Sumber Asli, Perancangan Ekonomi dan GLC.
ADUN Lintan Mohd Zolkafly Harun pula bertanggungjawab bagi portfolio Pembangunan Luar Bandar, Perladangan, Pertanian dan Industri Makanan.
Portfolio Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat dan Pembangunan Usahawan dipegang ADUN Temengor Salbiah Mohamed.
Kerajaan negeri Perak terbentuk berkonsepkan kerajaan campuran.

Tolak ansur jadi kunci selesai masalah |
Kerajaan negeri Perak terbentuk berkonsepkan kerajaan campuran.
Apa yang berlaku dinegeri itu membuktikan krisis politik dapat diselesaikan dengan baik sekiranya semua pihak saling terbuka untuk bekerjasama.
0 Comments