Konvoi "say no to PAS' dikesan bergerak di Kuching

 


SATU konvoi kenderaan membawa poster “Say no to PAS” mengelilingi Kuching, Sarawak semalam, lapor sebuah portal.

FMT berkata, konvoi lima kenderaan itu bergerak ketika Gabungan Parti Sarawak (GPS) dilaporkan tetap dengan pendirian untuk menyokong Perikatan Nasional (PN) bagi membentuk kerajaan.

Kenderaan itu dikesan di beberapa lokasi sekitar Kuching dengan poster menggesa rakyat Sarawak membantah keputusan GPS menyokong PN yang turut dianggotai PAS dan Bersatu.

“Kami mahu (Pengerusi GPS) Abang Johari Openg menarik balik sokongan (GPS untuk Pengerusi PN, Muhyiddin Yassin menjadi perdana menteri),” menurut poster yang digantung pada kenderaan itu.

Sebelum ini keputusan GPS menyokong PN menerima bantahan, terutama beberapa pemimpin parti itu menggunakan isu agama dalam kempen mereka.

Ketua Pemuda Pas Sik, Mohd Shahiful Mohamad Nasir sebelum ini ketika menggesa pengundi memilih PN membuat kenyataan bahawa mengundi PH dan Barisan Nasional (BN) akan masuk.

Ia diterukkan lagi dengan tindakan Pengerusi PN, Mahiaddin Md Yassin yang terus 'menunggang' isu agama apabila mendakwa yang mendakwa ada usaha untuk “mengkristiankan Malaysia” oleh Pakatan Harapan (HARAPAN).

Timbalan Presiden PN yang juga Presiden PAS Hadi Awang turut dikritik sebelum ini menyalahkan orang bukan Islam atas skandal rasuah di Malaysia.

Mereka mahu GPS tarik balik sokongan
Seorang ADUN Sarawak pada Isnin melancarkan satu petisyen di laman Change.Org bagi mendesak Ahli Parlimen dari Sarawak menolak sebarang bentuk kerjasama dengan PN.

Setakat malam tadi, petisyen itu sedang menuju sasaran 50,000 tandatangan.


Post a Comment

0 Comments