YANG DI-PERTUAN AGONG, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dijadualkan akan mengadakan Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu pada hari ini.
Perkara itu dimaklumkan Istana Negara melalui satu kenyataan oleh Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Indera Ahmad Fadli Shamsuddin.
Perbincangan khas itu bagi mendapatkan pandangan Raja-Raja Melayu mengenai pembentukan Kerajaan Persekutuan
“Sesi menghadap ketua-ketua gabungan adalah susulan daripada hasil pengesahan calon-calon Perdana Menteri yang telah dimaklumkan oleh ketua-ketua parti kepada Istana Negara semalam didapati bahawa tiada ahli Dewan Rakyat yang mendapat kepercayaan majoriti mudah untuk dilantik sebagai Perdana Menteri Ke-10.
“Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu esok bertujuan untuk Seri Paduka Baginda mendapatkan pandangan Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu bagi baginda membuat keputusan demi kepentingan dan kesejahteraan negara dan rakyat,” katanya.
Mesyuarat itu dijadualkan akan bermula pada pukul 10.30 pagi dan dijangka berlangsung sekurang-kurangnya tiga jam.
Mesyuarat berkaitan pembentukan kerajaan |
“Rakyat telah pun membuat keputusan untuk memilih wakil mereka. Maka terserah kepada wakil rakyat untuk mencari penyelesaian bagi mengurai kemelut yang membelenggu rakyat jelata,” katanya lagi.
0 Comments