Pelantikan Anwar dapat pengiktirafan dari Kesatuan Ulama Sedunia

 


KESATUAN Ulama Sedunia menyampaika ucapan tahniah atas pelantikan Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri ke-10.

Perkara itu dimaklumkan anak kepada bekas mursyidul am PAS, Nik Omar Nik Aziz dalam satu hantaran di Facebooknya, semalam.

Melalui hantaran sama, Nik Omar turut memuat naik salinan surat yang dihantar Kesatuan Ulama Sedunia kepada Anwar.

"Ucapan tahniah daripada Kesatuan Ulama Sedunia sempena pelantikan Anwar sebagai perdana menteri Malaysia ke-10," tulisnya di Facebook.

Anwar, seorang tokoh reformasi mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri pada 24 Nov lalu dan akan memimpin kerajaan perpaduan disertai HARAPAN, BN, GPS, GRS, Warisan, KDM dan Ahli Parlimen bebas.

Anwar tokoh disegani dunia Islam
Pelantikan itu mendapat respon positif dari pemimpin dunia apabila mereka tidak menunggu lama menghantar ucapan tahniah kepada Anwar.

Pemimpin Palestin antara yang menyatakan rasa gembira atas pelantikan itu dan berharap Anwar yang dianggap sebagai rakan baik negara itu akan memperkukuh hubungan kedua belah hala.

Post a Comment

0 Comments