Wajarkah Wan Azizah dilantik jadi menteri lagi?

 


WALAUPUN dianggap layak dilantik sebagai menteri kabinet berdasarkan meritnya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dicadang supaya kekal sebagai Ahli Parlimen Bandar Tun Razak dan 'first-lady'.
 
Dr Zaliha Mustafa, Ahli Parlimen Sekijang dari HARAPAN berkata, buat masa ini tanggungjawab dipikul bekas Timbalan Perdana Menteri itu sudah cukup besar, namun sekiranya Dr Wan Azizah bersedia diberi tanggungjawab menteri, beliau yakin ia mampu digalas dengan baik.  

"Bukan nak kata tak wajar (dilantik sebagai menteri), tetapi elok juga Dr Wan Azizah fokus kepada apa yang diberikan setakat ini.

"Maknanya apa yang perlu dibawa sebagai 'first-lady' dan apa yang perlu dilaksanakan sebagai Ahli Parlimen.

"Tetapi kalau beliau bersedia (menjadi menteri), Insya-Allah saya yakin beliau boleh dan mampu untuk memegang apa-apa sahaja jawatan kalau diberi peluang," katanya semasa menjadi panelis dalam program anjuran Sinar Live bertajuk 'Cabaran Kabinet Kecil Anwar' pada Ahad.

Zaliha sebelum itu ditanya apakah wajar untuk Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melantik isterinya, Dr Wan Azizah sebagai menteri, yang boleh membawa kemungkinan timbulnya satu sentimen yang tidak baik.

"Wajar atau tidak Dr Wan Azizah dilantik sebagai menteri tidak menjadi masalah kepadanya.

"Dr Wan Azizah layak dari segi merit, tetapi persepsi pelantikan itu perlu ditangani dengan sebaiknya.

"Yang kedua perlu dilihat ialah persetujuan Dr Wan Azizah sendiri," jelasnya.

Dr Wan Azizah layak berdasarkan merit
Selain pernah menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri, Dr Wan Azizah ketika era pentadbiran Pakatan Harapan ada 2018 merupakan Menteri Wanita dan Pembangunan Keluarga.

Beliau juga pernah mempengerusikan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dan Pengeruis Jawatankuasa Khas menangani kos sara hidup ketika berada dalam kerajaan.

Post a Comment

0 Comments