PORTAL Malaysiakini melalui pemerhatian mereka menjangkakan penyandang Ahmad Faizal Azumu dari Perikatan Nasional (PN) berkemungkinan tewas kepada Anwar esok.
Saingan antara Anwar dan Ahmad Faizal mengundang istilah Inggeris seperti "David vs Goliath", atau dalam peribahasa Melayu, "timun melawan durian".
Meskipun merupakan anak jati Perak, Ahmad Faizal adalah "timun", dan semestinya Anwar dilihat sebagai "durian".
Namun, berdasarkan tinjauan wartawan portal itu, Tambun mungkin tidak akan menyaksikan kisah "timun" menewaskan "durian". Sentimen di lapangan menunjukkan bahawa ketua Perikatan Nasional (PN) Perak itu mempunyai peluang tipis untuk dipilih semula.
"Selain daripada berkhidmat sebagai menteri besar selama 28 bulan sahaja, tidak banyak yang diketahui mengenai sumbangan atau strateginya untuk Perak.
"Pengundi ketika ditemui mengadu tentang kekurangan pembangunan di kawasan separa luar bandar, khususnya Manjoi.
"Terdapat juga petani yang terlibat dalam isu tanah yang berlarutan di negeri ini dan berharap Anwar dapat menyelesaikannya," kata laporan itu.
Menurut portal itu lagi, Ahmad Faizal dan PN menumpukan kempen mereka untuk menyerang Anwar sebagai "orang luar" dan calon "payung terjun". Strategi itu dilihat tidak bergitu berkesan di kalangan pengundi.
Malah kehadiran pemimpin utama PN termasuk Muhyiddin Yassin dan Mohamed Azmin Ali, selain dari BN termasuk Ismal Sabri Yaakob sendiri menurut laporan itu dilihat tidak menjejaskan peluang Anwar untuk menang.
"Anwar dan sekutunya telah memanfaatkan kelemahan Ahmad Faizal dalam memberi khidmat kepada penduduk tempatan berdasarkan rekod singkatnya sebagai menteri besar dan pengundi nampaknya menerima naratif ini," tambah laporan itu.
Hasil tinjuan wartawan Malaysiakini juga menyatakan kebanyakkan pengundi sudah menetapkan calon pilihan mereka.
Petani di Kanthan dakwa mereka mempunyai sentimen Anwar akan muncul sebagai pemenang di Tambun - dengan beberapa dari mereka berkata, Anwar mempunyai hampir 90 peratus undi mereka.
"Dengan slogan "perdana menteri dari Tambun" di bibir penduduk tempatan, pengerusi HARAPAN itu kelihatan bersedia untuk pulang dengan kemenangan esok," tambah laporan berkenaan.
Anwar sebelum ini memberi gambaran mahu HARAPAN menawan Perak, sekaligus kemenangan itu bakal menjayakan “koridor harapan ” bersama Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan yang akan membawa kemakmuran dan kemajuan ekonomu kepada semua negeri itu.
Sementara itu laporan itu turut menyebut dengan persaingan sengit dua tokoh pemimpin itu, dua pesaing lain Aminuddin Md Hanafiah yang mewakili BN dan calon Gerakan Tanah Air (GTA) Abdul Rahim Tahir seakan-akan sudah terpinggir daripada sorotan saingan
Untuk rekod, awal hari ini tiga penganalisis politik iaitu Azmin Hassan , Oh Ei Sun dan Awang Azman Pawri menjangkakan Parlimen Tambun bakal dimenangi Anwar.
Saingan antara Anwar dan Ahmad Faizal mengundang istilah Inggeris seperti "David vs Goliath", atau dalam peribahasa Melayu, "timun melawan durian".
Meskipun merupakan anak jati Perak, Ahmad Faizal adalah "timun", dan semestinya Anwar dilihat sebagai "durian".
Namun, berdasarkan tinjauan wartawan portal itu, Tambun mungkin tidak akan menyaksikan kisah "timun" menewaskan "durian". Sentimen di lapangan menunjukkan bahawa ketua Perikatan Nasional (PN) Perak itu mempunyai peluang tipis untuk dipilih semula.
"Selain daripada berkhidmat sebagai menteri besar selama 28 bulan sahaja, tidak banyak yang diketahui mengenai sumbangan atau strateginya untuk Perak.
"Pengundi ketika ditemui mengadu tentang kekurangan pembangunan di kawasan separa luar bandar, khususnya Manjoi.
"Terdapat juga petani yang terlibat dalam isu tanah yang berlarutan di negeri ini dan berharap Anwar dapat menyelesaikannya," kata laporan itu.
Menurut portal itu lagi, Ahmad Faizal dan PN menumpukan kempen mereka untuk menyerang Anwar sebagai "orang luar" dan calon "payung terjun". Strategi itu dilihat tidak bergitu berkesan di kalangan pengundi.
Malah kehadiran pemimpin utama PN termasuk Muhyiddin Yassin dan Mohamed Azmin Ali, selain dari BN termasuk Ismal Sabri Yaakob sendiri menurut laporan itu dilihat tidak menjejaskan peluang Anwar untuk menang.
"Anwar dan sekutunya telah memanfaatkan kelemahan Ahmad Faizal dalam memberi khidmat kepada penduduk tempatan berdasarkan rekod singkatnya sebagai menteri besar dan pengundi nampaknya menerima naratif ini," tambah laporan itu.
Hasil tinjuan wartawan Malaysiakini juga menyatakan kebanyakkan pengundi sudah menetapkan calon pilihan mereka.
Petani di Kanthan dakwa mereka mempunyai sentimen Anwar akan muncul sebagai pemenang di Tambun - dengan beberapa dari mereka berkata, Anwar mempunyai hampir 90 peratus undi mereka.
"Dengan slogan "perdana menteri dari Tambun" di bibir penduduk tempatan, pengerusi HARAPAN itu kelihatan bersedia untuk pulang dengan kemenangan esok," tambah laporan berkenaan.
Anwar sebelum ini memberi gambaran mahu HARAPAN menawan Perak, sekaligus kemenangan itu bakal menjayakan “koridor harapan ” bersama Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan yang akan membawa kemakmuran dan kemajuan ekonomu kepada semua negeri itu.
Anwar dijangka rampas kerusi Tambun |

0 Comments