Fahmi gesa rakyat kalahkan 'bapa segala pengkhianat'


PENGUNDI di kawasan Parlimen Gombak digesa membuat keputusan untuk menamatkan karier bekas penyandang kerusi Parlimen itu, Azmin Ali,

Pengarah Komunikasi KEADILAN, Fahmi Fadzil berkata, Azmin antara watak utama disebalik kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan (HARAPAN) pada 2020.

“Azmin Ali, kamu apa khabar? Di sini (di Gombak) kami akan tamatkan karier politik bapa kepada semua pengkhianat.

“Kamu mesti menamatkan karier pengkhianat besar ini,” katanya pas siri jelajah Pakatan Harapan di Gombak yang dihadiri ribuan penyokong.

Azmin antara 11 Ahli Parlimen KEADILAN yang berpaling tadah menyokong Bersatu pada Februari 2020 melalui komplot yang digelar Langkah Sheraton.

Dia bersama 'orang kuatnya' Zuraida Kamaruddin serta penyokong mereka dipecat susulan penglibatan mereka dalam komplot itu.

Azmin berdepan saingan lima penjuru apabila dicabar anak didiknya yang juga menteri besar Selangor, Amirudin Shari, calon BN, Megat Zulkarnain Omardin, Aziz Jamaludin Tahir daripada Pejuang, dan calon bebas, Zulkifli Ahmad.

Selebriti kontroversi, Azwan Ali dalam satu kenyataan baru-baru ini turut mengharapkan pengundi Gombak menamatkan karier politik Azmin yang merupakan abangnya pada pilihan raya kali ini.

Fahmi gesa tamatkan karier politik 'pengkhianat'
Sementara itu Fahmi yang akan mempertahankan kerusi Lembah Pantai pada pilihan raya kali ini mengingatkan penyokong bahawa walaupun gabungan itu berjaya menumbangkan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum 2018,  mereka masih perlu bekerja kuat sekiranya mahu memenangi pilihan raya kali ini.

“Kita akan menumbangkan BN. Kita juga akan menumbangkan Perikatan Nasional, dan kita akan jadikan pengerusi HARAPAN dan Anwar Ibrahim perdana menteri Malaysia ke-10,” kata Fahmi yang disambut sorakan orang ramai.

Post a Comment

0 Comments