CALON Pakatan Harapan (HARAPAN) bagi kerusi Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim berhasrat menjadikan daerah ini bebas daripada banjir kilat.
Beliau yang merupakan penyandang kerusi itu berkata, beberapa kawasan antaranyaKampung Belantik bersebelahan Kampung Majidee di Johor Bahru masih berdepan masalah banjir kilat.
Tambah Hassan, dikawasan itu banjir kilat sering berlaku setiap kali air pasang dan hujan lebat kerana kedudukan Pasir Gudang yang bersebelahan Singapura begitu hampir dengan laut.
"Semasa Pakatan Harapan (HARAPAN) menjadi kerajaan di Johor kita sudah baiki masalah pintu air yang menjadi punca banjir.
"Apabila kerajaan HARAPAN tumbang di Johor, kampung tersebut terabai begitu sahaja dan nasib mereka tidak dipedulikan," katanya sambil menegaskan bahawa anak sungai yang terdapat di Kampung Belantik perlu didalamkan.
Hassan juga mahu menyelesaikan masalah sama di Kampung Sepakat, Masai yang berpunca dari Sungai Masai selain di Kampung Saujana Baru dan Kampung Pandan yang juga berdekatan sungai.Masalah banjir kilat boleh diatasi
Tambahnya lagi, masalah tersebut bukan mustahil untuk diselesaikan. Ia jelasnya perlu melibatkan kerjasama Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG) serta Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB).
0 Comments