PEMIMPIN diktator dan zalim sengaja mencipta budaya cemas dan takut terhadap agama lain, kata calon Perdana Menteri Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ketegasan itu dinyatakan Anwar sebagai mengulas kenyataan beberapa pemimpin termasuk Presiden PAS Abdul Hadi Awang dan rakan sekutunya Muhyiddin Yassin yang sengaja mengaitkan isu agama dan kaum ketika berkempen.
“Umno kata hidup Melayu, Muhyiddin kata ketuanan Melayu, Hadi kata Allahuakbar tetapi kerjanya lebih kurang sama.
“Budaya strategi dan taktik semua diktator dan pemerintah zalim adalah menggunakan budaya rasa cemas dan takut. Kita takut dengan Kristian, kita takut dengan Cina, kita takut dengan Yahudi,” katanya.
Anwar sebelumnya berucap di hadapan ribuan penyokong sempena amanat Anwar dari Tambun untuk Malaysia sebentar tadi seperti dilapor FMT.
Anwar turut membidas kepimpinan PAS ketika ini yang menurutnya jauh terpesong daripada PAS yang dipimpin oleh Nik Abdul Aziz Nik Mat satu ketika dulu.
“Nik Aziz contoh seorang pemimpin Islam yang baik, pernah dia hina Cina atau India? Ini Hadi Awang… Muhyiddin lagi teruk!,” katanya.
Mahiaddin semalam mendakwa memberi amaran supaya tidak mengundi HARAPAN.
Dia mendakwa mendakwa sekumpulan Yahudi mahu gabungan itu menang. Pengerusi Perikatan Nasiona (PN) itu mendakwa gabungan itu bekerjasama dengan Yahudi serta orang Kristian untuk “menjajah” negara.
Tidak setakat itu, dia turut mendakwa ada orang Melayu ke gereja di Kuala Lumpur dan Petaling Jaya pada Ahad.
Muhyiddin kemudian membuat kenyataan kononnya kenyataanya diambil di luar konteks setelah Timbalan Presiden KEADILAN, Rafizi Ramli menegaskan akan memfailkan petisyen pilihan raya terhadap calon Parlimen Pagoh itu kerana melanggar akta pilihan raya.

Anwar bidas sikap lagakan kaum dan agama |

0 Comments